Salam all…

Saya sekeluarga tidak ler merancang sgt nak pakai baju tema apa tahun ni. Bila saya belek2 almari, tgk baju melayu Cik Lan, baru ler nampak kaler yg masih belum kami pakai utk raya. Jadinya, tahun ni saya cadang warna hijau pada Cik Lan. Masa tu tak tau lagi hijau macamana. Lepas beli baju anak2, baru ler pikir hijau yg sebenanarnya. W/pun begitu, masih tak match jg…heheh… Punya la payah nak cari baju utk Cik Yut…waaakkaa… Dah jumpe baju yg berkenan, saiz pula yg takde..adoooi aaaii.. Payah betul lee.. Cik Lan punye baju plak, dah jumpa kaler, nak baju melayu Johor plak.. alaaaahai…

Bila pagi raya tu, Cik yut sibuk le menyiapkan anak2. Mandikan, pakaikan baju. Bila Ibu dan anak2 dah siap, kami dok tggu Wan dan Atuk la plak, nak sarapan bersama.. Laaa… rupa-rupanya keluarga En Hata pun pakai baju tema hijau jugak. Macamana boleh sama plak ni??. Padahal, kami tak berjanji pun, langsung takde bersebut…

Lepas sarapan, kami bersiap nak gi  solat sunat. Azyana pun sibuk nak pergi jugak, jadi saya pakaikan telekung oren yg En Lan belikan utk dia. Sampai masjid dia dah kalut nak buka telekung sbb nampak bebudak lain tak solat. Nak main la tuh.. Time org tgh solat, dia dok sibuk keluar masuk masjid (kami ambik port kat tepi pintu spy Azyana tak mengganggu saf dan jemaah lain). Si Nandik saya tinggalkan dgn Mak Su Ayin. Diorang duduk kat luar masjid…

Selesai solat, kami terus pulang ke rumah. Kat masjid tadi sempat la Azyana kumpul duit raya. Ada la sekeping dua yg dia masuk semula kat dalam tabung surau. Dgn adik dia punya pun dia sumbat sekali. Mengamuk la Si Nandik..hehehhee.. Kat rumah, kami ada aktiviti seterusnya sebelum aktiviti menziarah. Acara bersalaman dan bergambar..

raya1

ok..stakat ni dulu yek…dah gaduh dgn Nandik nih..Nanti ler Cik Yut sambung cerita pasal raya…