*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam all…
Pasti di waktu ini kalian sdg sibuk di dapur, menyiapkan rendang, ketupat dan sebagainya. Ataupun sedang sibuk memikirkan warna langsir yg nak digantung. Atau mungkin juga sibuk menyiapkan pakaian utk esok, mana yg blum gosok, digosok.dsbgnya lah kan..
Hehehee… disebabkan Cik Yut beraya di KL, jadi tidak lah rencah sgt. Siang2 tadi, mak dah siapkan rendang. Nasi impit pun bapak dah siapkan. Kuih muih Ayin dah siap masukkan dalam balang.. eh, jap..dia dah buat ke belum nih??? mmm.. CIk Yut buat aper?? Macam biasa, kerja2 didapur ni bukan kecekapan Cik Yut. Jadinya, bab2 mengemas (tidak termasuk menghias), boleh diserahkan kepada saya. Jgn risau, selagi aksi tolak-menolak dan tarik-menarik barang, Cik Yut boleh buat. Cuma nak angkat2 tang yg berat je Cik Yut serahkan pada Cik Lan. Almaklum, semenjak berbadan dua ni, kudrat Cik Yut mmg lain benar rasanya.
W/pin macam tu, meja separuh bulat kat rumah Cik Yut dah selamat Cik Yut alihkan sendiri. Dah rimas mata ku memandang, haruslah ku alihkan meja separuh bulat yg berbatu marmar itu (korang pikirlah berat ke tak berat meja tuh!!). Adoooi ai..panjang plak mukadimah ni.. Meh Cik Yut cerita dulu apa yg best dan tak best beraya kat KL ni.

Yg best nya, yg paling utama ialah this is my hometown. Cik Yut dilahirkan dan dibesarkan di sini. Belajar dari sekolah rendah sampai masuk universiti pun kat KL gak. Sekali je keluar KL, gi Londang, Masjid Tanah belajar matrikulasi. Pas belajar dan kawen pastu kerja pun kat KL juga. Walaupun sekarang menetap di Selangor, tapi alaaa..bukan jauh pun. Dalam 30-35km je jaraknya. Pastu sedara mara sume dok sekitar2 je kan. Tu ler yg paling best.
Mmmm.. yg kedua best ialah, jalan akan lengang bila hari raya.. Syooook giler!!! Tak ingat punya lah. Korang boleh tidur kat tgh jalan. Takde org nak bising pun. Rasa cam lega kepala otak bila nampak jalan tu lengang. Lega sesangat. Tapi takleh lelama mcm tu, sbbnya kalau idak kena tukar nama lah KL ni. Jadi Kuala Lengang..Hahahah… Kalu lelama mati kutu plak jadinya. Yelah sebab dah biasa dgn hiruk piruk dan kebisingan KL, kalu senyap sunyi je, jadi lain plak kan.
Ok.. yg ketiga. 3 jer cukuplah kan.. Poning gak kapla Cik Yut nak pikir (sbb kalut menaip nih..kang 2 beradik tuh serbu bilik, lgsg takleh ngadap laptop…). mm… yg ketiga best beraya di KL ialah, Cik Yut tak penat nak berjalan raya.. Hahahah… Gi balik KT dah 12 jam. Penat oooo.. W/pun Cik Lan yg drive sorang, tapi CIk Yut tetap penat gak. Dia yg tak bagi Cik Yut drine, nak wat camner… Rumah sedara mara kan dekat aker, jadi takde penat sgt..heheh..
Yg tak best bila raya kat KL, yg paling sgt2 tak best ialah bila pergi solat sunat raya. Adooooi ai. Tension betul la.. Ni tgh raya ni, kat KL. Tapi bila masuk masjid je, aiseh..macam kita gi beraya kat Indonesia, tak pun kat Bangladesh ker ataupun kat Nepal ker.. Serius. Mmg haru. Bukan aper, tetiba kita lupa yg kita sebenarnya ada kat Malaysia je. Tapi dek sebabkan kawan2 kita ni tak dapat pulang ke tanahair depa utk beraya, jadi depa kumpul beramai2. Kita yg lgsg lupa kita kat mana. Tu lah yg paling tak best. Bukan tak best sbb diorg ada kat situ ye. Harap maklum, masjid di bina bukan utk asingkan manusia tapi utk satupadukan umatnya. Feeling tu je yg tak best. Tah korang paham ke tak..ekkkeee..
Ok, enuf about raya kat KL..Let’s go to KT plak deh.. Guane gamok. Kite sebut pasal hok menda best skali. mmmm… Jap, dok leh pikir plak.. mmmm….

Oh..paling best ialah pada hari raya pertama lah kan. Adik beradik Cik Lan ada seramai 8 orang, tu blum campur lagi dari 3 mak yg lain. Cukuplah 8 ni je yg berkumpul. Sorang je lagi yg belum kawen, yg bongsu. Masyallah, Subhanallah.. Meriah ler sesangat. Cik Yut kan 3 beradik je, jadi mmg jauh ler bezanya. Mmg hiruk pikuk rumah Cik Lan pagi tuh. Lepas pulang dari solat sunat, kami bersarapan bersama. Kat sana solat sunat cepat. Kul 8-8.30 dah mula dah. Lepas sarapan, ni lah masa yg dinantikan olen anak2 sedara Cik Lan. Tapi sebelum tuh, Cik Lan dan adik beradik akan bermaafan terlebih dahulu. Biasanya dimulakan dgn Abg Long. Abg Long salam Ma, diikuti dgn wife dan anak2. Pastu Cik Ngah dan family..dan seterusnyalah.. sampailah yg ke bongsu. Leps Abg Long salam Ma, Abg Long akan tggu utk di salam oleh Cik Ngah and family. Begitulah selanjutnya. Dah abis salam, anak2 sedara akan beratur collect duit dari pakcik dan makcik..Fuuuh..mengeluh jap.
Bukan ape… Anak2 sedara Cik Lan ada seramai 30++ org termasuk dari adik2 lain mak juga.. Mmg jenuh le nak beratur. Selalunya Cik Yut pun akan ikut beratur sebab ambilkan bagi pihak anak2. Kalau masa raya yg pertama di KT dulu, tlg ambilkan utk Azyana. Pastu next raya, ambilkan utk Azzalea. Insyallah nanti ambilkan utk si kenit plak..heheh… Panjang ler sesangat barisan.. Mmg letih.
Kedua best ialah, dapat cuti panjang. Hahahhaa… Ni lah waktunya Cik Yut ambil kesempatan nak bercuti panjang dan berada jauh dari KL. Yelah, sepanjang hidupku dah dihabiskan di KL, jadi haruslah nak lari sekejap..heheh… Syok bila dapat cuti pepanjang nih.. Lupa diri kadang2 dibuatnya. Kat KT, masa raya nih mmg jem teruk tapi w/pun teruk still tak boleh kalah dgn KL lah kan. W/pun sesak, tapi masih rasa aman dan damai je. Cik Lan mmg ada ajak utk menetap kat KT, Cik Yut tak kesah tapi last2 dia plak yg bising. Nanti mati kutu lah, kalau balik umah awal2, tak tau nak buat ape lah.. Ye lah, dia dah biasa dgn kesibukan kerja kat opis. Jadi mmg takde aktiviti sgt la bila kat umah selain main dgn anak2..
Ada tak yg ketiga…. mmm….hahah…takde dah kot.. Bukan lah tak best beraya kat KT, tapi mmg takde sgt pun yg best nya….tapi tidaklah tak best sgt. Org kata biasa2 ajer.. Beraya di KT lebih kpd nak balik kampung dan jumpa saudara mara. Kalau ikutkan suasana di KL lebih meriah. Kita terus gi yg tak best. Yang tak best ni ada satu je… hehhe.. jauh!!!! Dan bila balik naik kete tu mmg ler penat satu badan. Kalau boleh, everytime balik tuh rasa nak naik kapal terbang jee.. Heheh.. Tapi ni bila bajet mencukupi lah kan..
Ok lah.. Selamat menjamu selera di hari raya ni. Tapi jgn ler makan bebyk sgt, terkejut perut tuh kang..heheh..
Leave a reply