Salam…

 

Patutnya ini ialah post semalam.

 

Sepupu saya, Cik Sumi dan adiknya Cik Sekilas, baru saja kehilangan nenek sebelah ayah mereka pada 8 September 2009. Kami dapat berita tu pada petang itu, beberapa jam sebelum berbuka.

 

Petang itu, saya dan anak2 berbuka di rumah Cik Sumi sbb En Lan ada jamuan berbuka di luar. Sdg enak menyiapkan juadah, kami dapat perkhabaran dari makcik saya iaitu emak Cik Sumi yg nenek mereka (a.k.a. Wan) baru saja meninggal. Asalnya mmg Wan dah dimasukkan ke spital 2 hari sebelum tu. Doktor pun dah bagitau yg keadaan Wan mmg dah merosot. Tapi disebabkan Mr IR Cik Sumi ada kursus PTK, tak dptla Cik Sumi pi melawat nenek dia.

 

Jadinya, lepas berbuka dan solat, kami terus bergerak ke Gedung Lalang, Negri Sembilan. Sampai sana, kami sedekahkan surah Yassin buat Wan. Sebelum pulang, Cik Sumi dan Cik Sekilas menatap wajah Wan mereka buat kali terakhir. Cik Yut?? Tak. Sbbnya nanti Cik Yut akan teringatkan arwah Wan (sebelah mak) dan Nenek (sebelah bapak) yg sudah lama meninggalkan dunia ini. 

 

Terutama Wan, arwah dulu Cik Yut yg jaga. Arwah ni tahu je bila Cik Yut cuti belajar, sbbnya time tu lah dia selalu akan admit. Pastu duduk la kat wad smp seminggu..heheh.. Menjaga org tua ni mmg banyak dugaan dan cabaran. Tapi tu tak menjadi masalah kpd Cik Yut. Sbb masa  ni lah kita nak berbakti pada org tua.

 

Berbalik kpd Wan Cik Sumi tadi, jenazah selamat dikebumikan pada 9 September 2009 jam 11pagi. Cik Sumi ada ckp, tahun ni raya tak berapa nak meriahlah. Sbbnya jadual utk pulang ke Seremban dah takde. Sedara mara Cik Sumi sebelah ayahnya ramai yg duduk KL. Selama ni diorang beraya kat Seremban sbb ada Wan.

 

Tapi apa2 pun, yg pergi tetap kan pergi, yg masih tinggal haruslah meneruskan hidup ini. Kita yg hidup tak harus mengenangkan kematian itu tapi menginsafinya.

 

Akhir kalam, salam takziah buat Cik Sumi sekeluarga.

 

p/s : Teringat arwah Asu –adik mak saya — dia yg selalu jadi tempat nak ngadu kalau ada pape masalah..huhu