Salam…

Post hari ni mengenai hal semasa. Kadang2 Cik Yut kena gak sensitif sket dgn hal2 semasa..especially bila isu ini mmg rapat dgn kita.

Melibatkan anak2, poket kewangan kita dll.

Apabila sebuah akhbar Inggeris ada menyebut seorang menteri di Indonesia mahu membincangkan gaji minimum buat warganya yg berkerja di Malaysia adalah sebanyak RM800, tersedak Cik Yut.

Menyirap jap darah ku!! waah waaah…

Amboi amboi… ingat kita tempat cop duit ker??

mmm… Relex jap.

Sememangnya menteri depa ni prihatin. Nak jaga kebajikan rakyatnye yg berada di luar Indonesia. (Hampeh, rakyat dlm negara tak mau jaga!!!)

Agak2 dia cakap tu pakai otak ke pakai sedap hati dgn mulut…??!! Gaji minimu rakyat Malaysia sendiri yg bekerja di tanahair sendiri pun lebih kurang RM600. Bertungkus lumus lah teman2 kita ni ambil overtime nak dapatkan gaji lebih sikit. Kadang2 dah nata kat mak pak kat kampung, bayar tu bayar ni, last2 nak guna sendiri pun susah.

Korang bayangkan kalau pembantu rumah diberi gaji RM800, mau ramai pekerja2 wanita a.k.a ibu2 berhenti kerja. Ni dah menurunkan produktiviti negara dah nih.. Wanita adalah aset utama negara ok..Jangan korang tak tau. Even bayar gaji pembantu rumah RM450 pun rasa tersangkut hidung, lagi lah RM800.

Jangan tak tau, w/pun kita bayar RM450, pembantu rumah ni dapat tukar hp acapkali. Tak payah ambil contoh jejauh.. Kat rumah mak Cik Yut sorang, kat umah abg ipar sorang. Dah depa dpt duit tu bulat2, nak buat apa lagi kan. Kumpul aja smp 2 tahun pastu baru pos anta kat kg halaman.

Makan, minum, barang harian sume dah majikan yg tanggung. Duit tu tinggal belanja jer. Bayangkan kalau bagi RM800..Fuuuh..joli katak la depa. Cik Yut mmg bangkang habis. Cik Yut mmg sanggup berenti kerja jg anak2, dari ’sedekah’ duit bebuta je kat diorang. Tu belum kira lagi kerja bagus ke tak, tip top meletup ke tak kan. Kalau depa kerja bagus, majikan takde masalah punya nak kasi gaji up sikit. Ini tidak, wat kerja sket, membuta yg lebih..hangin betulla…

Enough said..Korng pikir ler bebaik. Sebenarnya boleh je nak bayar RM800 ke pembantu rumah, tapi kena tolak utk cukai plak la kan. Patu depa kena duduk luar dari rumah. Pi cari rumah sewa sendiri, transport sendiri, dtg kerja on time, pakai sistem merit – lambat dtg tolak markah..

Cakap pasal cukai, ada ke idak ye cukai utk warga asing?? Depa dtg kerja sini, guna kemudahan yg ada kat sini, depa kena tak cukai?? Nanti Cik Yut nak pi check. Kalau2 sesapa ada tau pasal cukai utk warga asing ni, boleh la kongsi2 dgn Cik Yut yee..

Dahla..lagi banyak cerita pasal depa, makin meloya rasa tekat Cik Yut. Baik pi layan Si Nandik yg dah berjaga suboh hari ni (teman Cik Yut sahur!!) Jalan dulu yeek…