*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Alhamdulillah. Bulan pose aritu sempat le Cik Yut p buat check up. Ingat nak tggu bila usia kandungan dah 4-5 bulan. Tapi dah excited sgt kan. Jadi dgn perasaan tak sabar tuh, Cik Yut minta Cik Lan bawa pi Pusrawi Kajang. Suka sgt dgn Dr Mashitah ni. Siap pesan kat doktor, kalau pindah memana, bagitau Cik Yut sbb Cik Yut nak follow up dgn dia je.. heheh.. daku mmg memilih doktor sket..
Ni lah gambar pertama Si Kecil..

Setakat hari ni, Cik Yut takde alah teruk sgt. Tapi yg pasti, perut ni rasa penuh je.. Bukan kenyang tapi penuh. Bila makan je dah penuh. Makan sikit je penuh.. Jadinya terpaksa la Cik Yut makan sikit2 tapi kerap. Haah, nasib ada meal shake. Jadi perut tu tidak lee kebulur sgt. Udah lee ESP tertinggal kat rumah mak. Tu lee teman Cik Yut. Pastu atas meja kat klinik siap dah bekalan makanan, in case kalau Cik Yut rasa lapar. Roti, coklat, air sebotol, biskut..lengkap jugak lee..Sampai tak nampak dah mana PC.hehehe…
Tapi yg Cik Yut perasan, Cik Yut mabuk petang. Asal keluar dari spital nak balik umah je.. Mabuk.. Kepala dok pusing2.. Dalam hati dok berdoa, selamatkanlah perjalanan pulang nih.. Sampai rumah, confirm ‘pengsan’. Dua beradik tu Cik Yut biar je main. Dapat masak nasi je lah. Lauk terpaksa lah suruh Cik Lan pi beli. Itu pun dah gelap betul hari, baru rasa lapang sket kepala. Mabuk tengahari tidak ler Cik Yut perasan sbbnya waktu lunch tu malas nak gi memana. Lepak kat dlm bilik je.
Alahan lain… heheh.. Cik Yut alah dgn Cik Lan.. hahahha… Nak wat camner.. Mmg takleh dkt. Boleh, tapi adalah keadaan2 yg membataskan tuh.. Kadang2 siapla.. Bersilat gak tak nak bagi dia dekat dgn kita. Mual jee rasanya.. Tapi bukan all the time lah.. Sian plak kat Cik Lan..
Ok lah.. mau siap2 nak gi kerja.. Nak pi buat nasi goreng nih.. Tah sempat ke tak..ekke…
Salam…
Ekkkee… Tgk leee tajuk post arini.. Biasalah, bila mengupdate blog dari klinik, segala gambar takde.. Jadinya harus ler buat post yg tak perlukan sgt gambar. Dan juga entry yg ala2 santai gitu. Kenapa omak ku tension??
Hehehe… Maid mak saya, Si Su tak balik selepas diberikan cuti selama 2 minggu. Mak saya tak kisah pun dia tak balik. Yang mak saya kisah ialah, budi bahasa dia. Sebelum beli tiket, omak dah tanya, nak balik sini sambung kerja ke tak? Si Su cakap, nak. Jadi, omak pun belikan tiket pergi balik. Yo.. return tickets ok. No charge pun kat dia. Takde potong gaji, takde masalah birokrasi.
Pi hantar ke KLIA pepagi buta sbb flight dia pukul 8am. Alih2 lepas 2 minggu, selepas apak saya tunggu kat KLIA nak tggu dia balik, sampai semua flight dah abis, batang hidung Si Su tak muncul2. NAsib baik apak yg pi jemput. Kalau saya menawarkan diri nak pegi ambil dia mlm tadi, mau hangin tambah meroyan la agaknya. “Ooii SU, kalau tak nak balik call ler. Dah la apak aku tggu dari jam 11pm smp 1am.. Tak makan saman betul.. Ish… Ko jawab sendiri dgn Allah!!”
Psst : sebenarnya lagi lancang mulut saya nih…tapi etika memblogging harus dijaga.. semuanya dlm hati jeee….
Omak pun apa lagi. Pepagi dah call buat report kat saya. Saya dgr je lah. Tak mau menambahkan kegeraman di hatinya itu, w/pun saya mmg geram sangat. Yelah, sepanjang yg saya tgk bila org2 INDON ni berkerja dgn mak, omak tak pernah anggap mereka mcm org luar yg hanya dibayar gaji. Omak layan mereka macam saudara sendiri. Yg muda macam anak, yg tua macam saudara. Tapi org2 INDON ni, tak pernah nak balas dgn baik. Buat hal mcm ni. Bawak lari barang kemas omak.. Ish.. sebab tu saya serik nak ambil maid. Biarlah saya jaga sendiri anak2. Hantar je taska w/pun kena bayar lebih. Yg penting dlm rumah takde rasa susah hati…
Nak buat camner omak. Sabar je lah kan. Dah tu bahagian kita. Kita buat baik kat org, dapat balasan macam tu. Tapi kali ni omak tekad. Si Su dah mencurahkan minyak petrol ke dlm api. Tak tau lah apa omak nak buat.. Tapi nampak gaya mcm ganas gak… Kita tggu!!!
Salam all…
Saya sekeluarga tidak ler merancang sgt nak pakai baju tema apa tahun ni. Bila saya belek2 almari, tgk baju melayu Cik Lan, baru ler nampak kaler yg masih belum kami pakai utk raya. Jadinya, tahun ni saya cadang warna hijau pada Cik Lan. Masa tu tak tau lagi hijau macamana. Lepas beli baju anak2, baru ler pikir hijau yg sebenanarnya. W/pun begitu, masih tak match jg…heheh… Punya la payah nak cari baju utk Cik Yut…waaakkaa… Dah jumpe baju yg berkenan, saiz pula yg takde..adoooi aaaii.. Payah betul lee.. Cik Lan punye baju plak, dah jumpa kaler, nak baju melayu Johor plak.. alaaaahai…
Bila pagi raya tu, Cik yut sibuk le menyiapkan anak2. Mandikan, pakaikan baju. Bila Ibu dan anak2 dah siap, kami dok tggu Wan dan Atuk la plak, nak sarapan bersama.. Laaa… rupa-rupanya keluarga En Hata pun pakai baju tema hijau jugak. Macamana boleh sama plak ni??. Padahal, kami tak berjanji pun, langsung takde bersebut…
Lepas sarapan, kami bersiap nak gi solat sunat. Azyana pun sibuk nak pergi jugak, jadi saya pakaikan telekung oren yg En Lan belikan utk dia. Sampai masjid dia dah kalut nak buka telekung sbb nampak bebudak lain tak solat. Nak main la tuh.. Time org tgh solat, dia dok sibuk keluar masuk masjid (kami ambik port kat tepi pintu spy Azyana tak mengganggu saf dan jemaah lain). Si Nandik saya tinggalkan dgn Mak Su Ayin. Diorang duduk kat luar masjid…
Selesai solat, kami terus pulang ke rumah. Kat masjid tadi sempat la Azyana kumpul duit raya. Ada la sekeping dua yg dia masuk semula kat dalam tabung surau. Dgn adik dia punya pun dia sumbat sekali. Mengamuk la Si Nandik..hehehhee.. Kat rumah, kami ada aktiviti seterusnya sebelum aktiviti menziarah. Acara bersalaman dan bergambar..

ok..stakat ni dulu yek…dah gaduh dgn Nandik nih..Nanti ler Cik Yut sambung cerita pasal raya…