Salam..

Alhamdulillah. Selama usia Azzalea 1 tahun 6 bulan, selama itulah saya telah menyusukan dia. W.pun hanya berjaya menyusukan secara eksklusif selama 7-8 bulan, tapi itu telah jauh menjangkaui matlamat asal saya. Saya sendiri tidak menyangka ia akan pergi sejauh itu. Pengalaman indah ini tidak dimulakan dgn perkara yg indah lagi mudah. Banyak yg perlu saya buat dan tempuh bagi memastikan ia berjaya selepas kegagalan saya menyusukan Azyana.

Pada minggu2 awal kelahiran Azzalea, saya mengalami masalah penyusuan, nipple crack. Saya terus mendapatkan bantuan dari Kak Kamariah (Mama, SI). Terima kasih atas sokongan En Lan yg sanggup drive dari KL ke Bangi semata2 nak bawa saya jumpa Kak Kamariah. Rupanya teknik lekapan saya tak betul. Since that, Alhamdulillah proses berjalan dgn lancar. Masih lagi ada cabaran mendatang..mengepam, stok susu, takde elektrik dll..

Kini masa makin berlalu. Saya sudah berhenti mengepam sejak saya mengandung. Ye, sila salahkan saya. Tapi badan saya mmg dah tak boleh nak push lagi. Dan saya mmg sangat rindu sesi mengepam itu. Namun begitu Azzalea masih lagi menyusu apabila saya berada di rumah. Susu pun masih lagi banyak. Tapi sekarang saya berada dlam dilema. Setelah sekian lama, ia berlaku lagi. Cuma bukan di nipple, tapi di kawasan leher nipple itu.. Hu hu huu..

Saya mempunyai penyakit kulit yg dinamakn Psoriasis. Ia selalunya berada di kawasan celah pada bahagian badan saya. Kalau saya berada dlm keadaan stress atau badan saya hilang keseimbangan dalaman, ia akan menonjol serta gatal. Namun kali ini, ia tidak berada di celah tapi di sekeliling leher nipple. Sakit masa nipple crack tidaklah seteruk sakit sekarang. Malangnya, ia berlaku pada kedua2 belah.

Dilema saya ialah saya nak guna lotion apa atau ubat ape skrg nih?? Saya dah cuba letak susu pada kawasan itu. Masalahnya luka nya bukan satu tapi byk. Kalau Azzalea nak sgt2, saya akan bagi juga sambil kaki dok terkejang, mata mengalir airmata menahan sakit yg tidak terperi. Saya belum lagi cuba sapu lotion papaw (boleh dapat kat SI) sbb dah saya dah kehabisan stok n tak sempat lagi nak pi beli kat SI (padahal bukan jauh pun dari rumah). Saya tak boleh letak lotion yg Pakar Kulit bagi pada saya sbb ianya steroid (bahaya buat bayi bila steroid masuk ke dlma badan scr berlebihan)..Aduuuus..

Kesian Azzalea. Kadangkala, breast bengkak. Nak pam pun tak boleh juga sbbnya end up saya akan collect darah more than milk. Please, need your suggestion guys!! I’ll do what ever it takes to get Azzalea back to her ‘puting’.