Salam..

Kurang 48 jam lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Tidak dinafikan pada tahun ini sambutan dari kalangan rakyat (termasuk saya..heheh) sgt dingin sekali. Jangan kata kalangan rakyat, malahan di surat khabar, media cetak dan media elektronik pun nampak sgt kureng. Kat TV dok bising kata sambutan kurang, sambutan dingin.. Agak2 kenapa ye??

Pernah dulu masa saya sdg belajar di U. Saya berulang dari rumah ke kuliah menggunakan Kelisa LE hitam merah tu. Sebulan sebelum 31 Ogos saya dah sibuk berhias dgn bendera. Mmg cantik menarik tertawan kalau korang tgk kereta tu. Ngam aje bendera2 tu kat kereta. Dari luar ke dlm kereta, saya behias. Mmg semangat betul. Di tambah pula dgn iklan di TV dan kereta2 lain yg lalu lalang, rasa semangat betul nak berhias. Tapi tahun ni, mmg tak terasa langsung bahangnya. ASTRO sendiri baru nak buat siaran 1 Malaysia tu pada 29 dan 30hb. Amboi amboi..Kalau rancangan lain, depa dok putar smp berputar biji mata kita menengoknya. Tapi bab ni, dah dekat2 nak tarikh baru lah nak siarkan.

Tapi serius, tahun ni bahangnya mmg tak terasa langsung. Mungkinkah sbb kita berada dalam bulan Ramadhan? Atau kita mmg sesaja tak nak sambut dan tak nak sebarkan bahang itu pada org lain. Apapun, pengertian kemerdekaan bagi setiap org sgt berbeza. Bergantung pada keadaan dan semasa. Apakah pengertian kemerdekaan anda?

Ok la..nak cerita panjang lebar ni, tapi mata dah tak larat nak buka. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 52!

1 malaysia