*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Salam…
Ni lah padahnye bila tak berkesempatan nak update blog.
Banyak sgt post tertangguh.
Tarikh : 11-13 Ogos 2009
Tempat : Bilik Seminar, Pejabat Pakar, Hospital Serdang
Bersempena dgn Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2009, peringkat Hospital Serdang, Jawatankuasa Penyusuan Susu Ibu Hospital Serdanng telah mengadakan Kursus Pengurusan Laktasi 24jam utk kakitangan wad dan klinik Jabatan Pediatrik, Jabatan O&G serta Kumpulan Sokongan Penyusuan SusuIbu iaitu saya dan beberapa lagi teman.
Ini adalah siri kedua utk tahun ini. Siri pertama telah diadakan pada bulan April yg lalu dan siri ketiga akan berlangsung pada bulan November ini. Alhamdulillah, dapat juga saya mengikuti kursus ini selepas terlepas peluang pada tahun lepas (kena konjunktivitis!!).



Biasalah kan bila dah berkursus adalah assignment yg nak kena buat. Kami ada 2 assignment. Pertama membentuk model payudara dan kedua berlakon (role-play). Ni nak tunjuk koleksi model payudara yg telah disiapkan oleh peserta kursus termasuk saya…

Hehehe… macam2 bentuk dan rupa..
Selain mendengar ceramah mengenai laktasi, kami juga berpeluang ke wad dan klinik. Ni mmg peluang yg besar buat saya, sbbnya wad NICU mmg saya tak pernah masuk. Sayu rasa hati melihat anak2 kecil di dalam inkubator tu. Ada yg hanya seberat 700gm, ada sebesar tapak tangan.. Alhamdulillah saya tidak ditempatkan di situ. Kalau tidak, asyik menangis je lah tgk anak2 kecil itu. Sempat saya rakamkan sekeping dua buat kenangan dan iktibar buat diri saya.



Ok..sampai sini dulu.. Salam sayang buat semua.
Salam Ramadhan!!
3 Responses for "Kursus Pengurusan Laktasi"
yus, tgk baby tu tingat Fahry duuluuuu
Lyna, dapatku bayangkan macamana keciknya si Fahry itu..Sebak betul bila duduk NICU. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul
Akum… Bila kursus pengurusan laktasi 18 jam bulan november tu kak? saya nak pegi kalau bleh.. TQ
Leave a reply