Salam…

Semakin susah saya nak update blog.

Dalam 2-3 minggu ni, badan saya berada dalam keadaan yg kurang stabil. Alhamdulillah, loya meloya tu almost takde. Mmg sejak dari pregancy pertama (si Minah Loteh) ke pregnancy kedua (si Nandik( smp pregnancy ke3 ni, muntah2 loya2 mmg kurang. Tapi tgk la nanti masa trimester ke2. Adala perkara yg akan kurang menyenangkan hidung dan tekak saya.

Sebelum kedatangan puasa, saya dah perasan badan saya cepat penat. Bayangkan pukul 8-9 pagi di klinik, saya terasa sangat mengantuk dan mamai. Teruk betul. Menguap tak habis. Agak dah nak tengahari tu, kurang sikit mengantuk tu. Masuk belah petang lepas lunch, aduuuh bertambah plak lagi. Dahla sebelum ni kalau lps lunch tu mmg dah ngantuk. Tambah dgn keadaan sekarang…bertambah2la ngantuknya. Siang tadi di rumah mak pun begitu jg. Saya tak buat apa2 pun. Melepak je. Kalau bangun, berjalan kepala jadi pusing. Isy, kalau org tgk, mesti cakap saya mengada2. Yela, perut bukannya besar pun.


Isk..ni bukann saja2.. Kalau sapa yg kenal saya, taulah betapa lasaknya saya. Keadaan ni mmg membataskan beberapa aktivit yg sedia terancang. Begitulah, kitamerancang Allah jua yg menentukan.

Namun disebalik eadaan yg agak teruk ini, saya cuba jua atasinya dgn meminum Performance Drink. Ni yg disarankan kak N sejak dari saya kenal dia. Dari bulan pose tahun lepas menggunakan Performance. Tapi disebabkan saya sgt addicted dgn Energizing Soy Protein (ESP); utk menambah susu badan, jadi Performance itu saya minum sekali-sekala. Jenuh gak nak minum semua bendakan…heheh

performance

Ni lah performance yg saya cakap tu. Disebabkan jarang2 minum, saya simpan ia dalam peti ais supaya ia tahan lama. Performance mmg sgt sesuai diminum pada bulan puasa ni. Perasanya oren. Ala2 macam minum 100 plus. Kalau anda penggemar 100 Plus, mgkn boleh bertukar arah plak kali ni.


Seriusly, keadaan saya mgkn lebih teruk dari yg saya ceritakan tadi kalau saya tak minum lgsg Performance ni. Alhamdulillah, sekurang2 saya punya tenaga tambahan yg lain. Peformance berfungsi mengurangkan dehidrasi dlm tubuh kita. Mengekalkan kelembapan supaya tubuh dapat bertahan dgn keadaan sekeliling yg panas dan kering esp di bulan puasa ni kan. Terima kasih kepada Kak N yg memoerkenalkan Shaklee kpd saya (tah berapa kalin nak ckp tah, tapi ku mau ulang2 jg..kau tau kenapa kak..)

Selain dari minum Performance dan ESP, saya juga minum Meal Shake. Sebenarnya Meal Shake ini saya beli utk Azyana. Si Minah Loteh ni kurang selera makannya berbanding dgn Si Nandik. Jadi saya akan campur dgn Meal Shake utk melengkapkan meal harian dia.  Kenapa Meal Shake? Kerana ia mengandungi protein, 12 vitamin dan 7 galian lengkap yg diperlukan oleh tubuh kita. Jadi, dah lengkap bukan meal Azyana. Bagus juga utk kita yg berpuasa. MMg mula2 rasa mcm cukup ke ni, tahan ke ni.. Guys, you can fool your brain even iti is the smartest one!!! Bila kita cakap cukup, otak akan terima cukup lah tu. Sama juga apabila mengambil juadah di dalam pinggan. Gunakanlah pinggan kecil berbanding pinggan besar. Otak kita akan melihat pinggan kecil yang penug itu sebagai satu makanan yg lengkap utk tubuh. Senang je nak tipukan otak kita. Jgn risau. Insyallah pasti cukup dan selamat smapai ke penghujung hari.

Berbalik kpd keadaan kehamilan saya yg dah hampir masuk minggu ke 7 ni, selain dari kepenatan, saya juga mengalami sindrom M.. Ni mmg parah kalau dapat ni. Bayangkanlah keadaan rumah saya bila sindrom M ni smp. Nasiblah kalau anda dtg melawat saya di rumah pada waktu itu..heheh… Masa mengandung Azzalea, Sindrom M lgsg tidak muncul sbb Sindrom R yg berlebihan. Hari2 di rumah dan klinik ada je benda yg saya nak buat, nak kemas, nak susun.. Sekarang, selamat la semuanya…

Apa2 pun, doakan kesejahteraan saya serta kandungan ye. “Si kecil, Ibu doakan yg terbaik buatmu”