*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for July, 2009


M.O.D @ Sarakids

Jul 26, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Salam..

haha…giller btul lambat hapdet blog..memang tahap melampau sungguh nih…

nak wat camner..mmg tahap bz gaban…w/pun hari2 mmg tepat jam 5pm balik umah..tapi mmg sibuk lee..

itu pun sbb berkejaran nak masak, dan buat kerja rumah… (heheh.. kalau masak la.. >_<)

K, enough of this crapped..back to the subject, of course..

MOD @ Sarakids ni cerita sebulan yg lalu.. (28.06.09)…ello…hari ni dah 26.07.09!!

Kami (saya dan owner MyLuvlypad) dapat peluang utk buka booth pada hari tu..

bannersara

Patutnya penjual kena ada kat sana jam 11am. Tapi kami dgn senang hati dtg jam 2pm.. Teruk betul..heheh

Sampai2, cari meja, susun barang & berjualan la…

me & rizua

Me & Rizua (owner of MyLuvlyPad)

Sebelah meja saya ni ada penjual Grolier. Okeeih..mak melekat ye kat situ. Bukan mak ajer..anak mak pun melekat gak.cuba tgk nih..

azyana

Memula dia pi ngorat dulu en penjual tuh..

Ayat2 sket…

Agak2 dah ngorat dlm 5 minit..

Tau2 je dah duduk dgn abg nih..

azyana in action

My eldest ni is a book lover. Every day she will pick up a book and make her own story. Regardless the book is small or big or downright position!!

Sometimes, Ibu akan sakit kepala dgr dia cerita. Yet, I continue listening kalu tak dia akan jerit lagi kuat.

She is a determined person (ke semua budak mmg cenggitu??! – clueless – >_< )

Strong will. Yet, s/times akan gave up jugak kalau smp sudah tak berjaya nak buat.. “Ibu, tolong buatkan. Kakak dah penat lah!!” hahah.. pity her.

the crowd

See the crowd!! Almost 300 ppl attend this MOD cum Birthday bash at Sarakids.

Seronok dpt berkenalan dg para ibu dan penjual yg lain..

rizua me & sue

Agak dlm jam 6pm, kami mahu pulang. Tapi singgah ke Sarakids Boutique dulu utk solat..

Oh..jumpa Sue (owner Lunatots). Ngobrol2 dulu..langsung lajak smp jam 7pm.

banner mod

Banner MOD – cari logo IBUAZ SHOPPE cepat!!

Perjalanan pulang ke rumah – anak2 masih bising bangat.. tak reti diam..tggu sekejap yee

aftermath

hahha…. ambik ko..kepenatan..kesian..

Jutawan Wannabe?

Jul 21, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Financial, Me

Salam..

Tengok tajuk tu!! Am I crazy?? Everybody have dreams right? So why can I have it too??…

Actually, hari Rabu minggu lepas saya ke Cititel Midvalley. Mengikuti Seminar Keusahawanan yg dianjurkan oleh Peoplelogy.net. Siang tu kan saya cuti. Tah macamana boleh terniat nak pergi tah. Yang saya tahu, saya SMS En Jefri bgtau yg saya nak dtg. Tapi sebelum tu saya dah siap2 ambil Si Su dulu utk tlg jaga anak2..heheh..

PBS

*The Board*

enjefripbs

*En Jeffri (1st Batch of PBS) – open the ceremony with a tremendous speech – *

IK

*Dr Irfan Khairi – Jutawan muda *

Memang best sgt w/pun pendek je masa dia. Dari jam 8pm smp 11pm. Sebenarnya talk ni smp jam 10. Tapi biasa la. Bila dah berjumpa dgn sifu2 harus gitu terlajak waktunya..heheh..smp rumah tepat jam 12..ding dong ding..

p/s: Mesti Dr IK dah biasa dgn flashes..heheh…

Antara Dr IK dgn Dr Azman Ching, En Jeffri buat selingan sikit..

1stbatchPBS

*Group PBS yg pertama – depa tgh syok nyanyi kat depan *

Then, Dr Azman Ching punya turn pula..

DrAC

Mmg motivated betul lepas dgr Dr Azman Ching bercakap. Tak luak la panggil motivator kan..

SirAllen

Sir Allen – ni pun jutawan gak ni. Yg menarik ttg beliau ialah beliau pernah jadi jutawan dlam masa tiga bulan kemudian muflis dan kemudian bangkit balik utk jadi jutawan (tapi yg kedua ni ambil masa 3 tahun katanya…) Ku tabik spring padamu!!

Ok…kalau terlepas peluang ni mmg sia2 la kan… Jadinya…

me&IK

Best2…hihihi…

Bila nak dapat jadi jutawan mcm IK

“Share your story & This might BE yours”

Jul 17, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

hadiahcontest

Peraduan ini dianjurkan oleh Kak N

Bagi mereka yang bertanya mengenai kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

1. Boleh ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Jika anda boleh menulis dalam bahasa selain dari bahasa ini, tolong sediakan translation for your story either in English or Bahasa.

2. Cerita atau pengalaman anda adalah berdasarkan kepada anak pertama@sulung. Jika anda mahu menceritakan mengenai pengalaman bersalin ke semua anak anda sangat dialu2kan dan nayatakan perbezaaan yang dilalui bagi setiap kelahiran.

3. Pemenang dipilih berdasarkan penulisan yang kreatif dan jujur. Sebuah penulisan yang ditulis dari hati akan dirasai oleh pembaca cerita anda.

4. Pemilihan pemenang adalah muktamad.

5. Hadiah misteri disediakan dan ianya akan diberi secara rawak.

Bagi yang menghantar cerita anda melalui email, cerita anda akan di entrykan di blog Kak N sekiranya anda dipilih sebagai pemenang.

Oleh itu.. saya pun nak join gak. Sambil2 mengisi masa menunggu buah hati yg tak pulang lagi nih…

Mengandung sulung sememangnya dinanti oleh setiap pasangan yg mendirikan rumah tangga. Macam tu lah juga saya dgn En Lan. Alhamdulillah, selepas 3 bulan berkahwin, saya disahkan mengandung. Selain dari kami berdua, dah tentulah mak dan bapak saya pun tumpang sekaki nak bergembira..hahaha..Sepanjang masa tersenyum. Habis dicanang seluruh kampung, satu pejabat, satu taman. Saya yg segan jadinya. Yelah, baru je di awal musim. Sepanjang trimester pertama tu, saya takde la kena loya meloya tuh. Setakat pening2 dan mabuk lalat je. Bila dah masuk trimester ke dua barulah teruk sikit. Naik kete jee..pening. Masuk kete je loya. Pelik. Selalu nya trimester pertama kan. mm..lain orang lain le caranya…

Sepanjang kehamilan tu adalah mengidam2 juga. Teringin nak makan tu, teringin nak makan ni. Tapi takde la sampai rasa terliur kalau tak dapat. Yang paling saya nak sgt masa mangandungkan Azyana ialah popia basah. Tapi kat satu tempat je. Kalau beli dari tempat lain, mesti saya rasa tak senang. Tempat tu ialah di Taman Tun Dr Ismail. Saya makan popia ni masa saya tengah praktical di Menara Optometry. Setiap petang, pasangan suami isteri ini akan buka stall pada pukul 3 mcm tu. Selesai je buka, pasti berduyun yg datang. Kalau lambat, sure habis. Sekejap je diaorang ni meniaga. Dalam pukul 5-5.30 ptg mcm tu..habis dah jualan mereka.. Memang sedaaap. Sekarang dok menaip pun boleh terliur. Ntah ada tak lagi mereka di sana…Ada sesapa tahu??

Oh ye..berbalik pada contest…(boleh plak menyimpang!!) Selain dari mengidam popia, takde apa yg pelik. Alhamdulilllah. Sya pun risau jugak. Takut menyusahkan En Lan tersayang. Disebabkan nak merasa menjaga anak sulung ni, saya berhenti kerja masa usia kandungan dan mencecah 7 bulan. Disebabkan ini ialah pengalaman pertama, jadinya En Lan yang sentiasa risau keadaan isteri tercinta dan kandungannya telah menelefon Ma dan ajak Ma dtg utk temankan saya di rumah. Saya sengaja malas nak duduk dhn mak. Sekal-sekali apa salahnya kan bermanja dgn mertua. Masa ni lah saya belajar mendekati ibu mertua saya, memahami beliau serta mengorek petua2 yang perlu (hehe..serta korek rahsia suami!!) Jadinya, Ma lah yg menjaga saya. 2 bulan terakhir tu hormon saya sgt teruk. Saya sgt malas nak buat ape. Kerja saya hanya makan dan tidur. Ma yg buat semuanya. Agak2 Ma mengadu tak hal saya kat En Lan?? heheh..

Saya melahirkan Azyana pada tanggal 27 MAC 2006 pada usia saya 24 tahun, jatuh pada hari Isnin. Pada hari sebelumnya iaitu hari Ahad, saya sempat ajak En Lan dan Ma meronda satu PWTC sbb ada pesta buku. Tapi saya ni jenis pergi pepagi. Jadi masa tu tak ramai org lagi and bila jalan tu tak la melanggar org dgn perut boyot tu kan..heheh.. Hari Isnin tu patutnya hari utk regular check up. Tapi seminggu sebelum tu doktor dah pesan, kalau air ketuban masih sikit, saya akan diinduce. Jadi masa pergi klinik tu, barang sume dah prepare. Mana lah tahu mmg kena tahan hari tu. Check punya check..Sah, kena tahan, Doktor nak induce pepagi tu jg. Sbbnya air ketuban saya sgt limited. Baby kat dlm perut tu macam dah sesak sket.

Masa kat dlm wad, Ma sempat lagi potongkan buah-buahan utk saya. Katanya, nanti dah pantang tak boleh dah nak makan. Kena tggu 2 bulan.. Saya pun ngap saja lah. Dah ada yg motongnya..Dalam pukul 11am, nurse masuk kan 1 ubat. Saya tggu je dgn tenang. Dalam 3 jam lepas tu, dia masukkan lagi satu. Selepas 3 jam mcm tu, saya kena bilik bersalin. Doktor dtg utk pecahkan air ketuban. Lepas pecah, agak2 tak berapa lama, saya pun dah rasa sakit. Mula2 perlahan. Kemudian bertambah lagi, pastu bertambah lagi. Memang sakit. Terpulas-pulas saya dibuatnya. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Nasib saya baik masa ni, mak ada sebelah kiri saya, ma ada di sebelah kanan. W/pun sakit tapi sekurangnya dgn kehadiran mereka, kesakitan saya itu kurang. Bayangkan saya dah rasa sakit sejak jam 5ptg, tapi saya bersalin jam 10mlm. Betul2 habis waktu doktor tu punya appt malam. En Lan ada, tapi dia sekejap, masuk. Sekejap keluar. Tak sanggup dia nak tgk kesakitan saya. Silap2 nanti dia yg pengsan..heheh..

Jam 10mlm, doktor pun smp. Baby dah pun turun dan berada hampir dgn bukaan. Selepas setengah jam, alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg yang diberi nama Azyana, pada pukul 10.32mlm. Tiada apad yg lebih indah di dunia melainkan saat2 kelahiran anak kita. W.pun perasaan itu bercampur baur, antara gembira dan keliru (dah jadi mak???), tapi yg pasti hati kita menjadi puas kerana telah bergelar ibu. Itulah kisah kelahiran Azyana. Nak tahu kelahiran Azzalea (ni lebih menarik!!(, tunggu ye..

Kak N, ok ker?? ada harapan utk menang?? Saya tak kisah, janji saya dapat berkongsi cerita!!

Berapa haribulan??

July 2009
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta