*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Ini la Ibu mertuaku yg tercinta.. Puan Eshah bt Karim.
Ni masa Ma turun KL. Kononnya kami nak buat kenduri doa selamat utk naik rumah. Tapi disebabkan berlaku beberapa masalah, tak jadi kenduri tu. Kira sekali nak buat house warming lee. Mmm… Tunggu buat open house raya nanti la.. Tahun ni Insyallah kami raya di KL (bergilir2 ok setiap tahun..).
Sepanjang sebulan Ma kat KL, dia bergilir dok umah anak2. Memula sampai, Ma dok umah Abg Yeng kat Serdang. Pastu minggu kedua kat umah saya. Minggu ketiga gi umah Madi. Minggu ke 4 gi umah Abg Yeng semula. Jenuh le Ma dok sini sana. Ni mmg percutian terpanjang dia. Selalunya sekejap je turun KL. Kesian bila dia dok lelama kat sini. Kat kampung sana dia aktiviti sendiri. Ada saja kelas yg dia nak pergi. Tiap hari tiap minggu. Saing2 dia kat sana pun asyik call je tanya bila dia nak balik Tganu.. hehe..
Sepanjang Ma ada kat sini, sempatla saya mengorek kisah2 lama dan petua2 menjadi surirumah berjaya. Yela, Ma ni beranak tiap2 tahun. Kalau anak2 dia sume hidup, mau ada 16 orang semuanya. Tapi yg hidup smp hari ni hanya 8 orang sahaj. Saya cuba dapatkan & korek semua petua dan cuba ubahsuai sket utk diadaptasi dlm kehidupan seharian saya.
Ma ada cerita, masa dia nak bersalin dia mmg tak berpantang sgt. Macamana nak berpantang, dia jaga sendiri anak2, nak jaga suami lagi, nak jaga badan sendiri lagi. Di saat2 kelahiran pun dia sempat gi sidai baju lagi. Ma kata, bila dia rasa dia dah nak bersalin, dia dah siapkan baju anak2 yang lain termasuk yg bakal lahir tu. Baju2 dan kelengkapan suami pun dah siap satu tempat. Lauk pauk utk org berpantang pun dah siap gak. Walaupun umah mak mertua dekat je, tapi Ma tak minta pun bantuan mak mertua dia.
Serius, mmg hebat mak mertua saya ni. Ma bagi beberapa tips antaranya siapkan bahan2 utk memasak pada mlm hari atau pun utk seminggu tu mcm bawang, ayam, ikan. Jadinya kita dah rancang kita nak masak apa utk seminggu. Tapi kadang2 tak plan pun..hehehe..ikut sempat dan selera.. But at least, kita dah planned kan.. So, Insyallah tak lari ke mana la..
Lagi tips nye.. Siapkan brg2 keperluan utk esok pada malam tu. Ye, ni mmg mommies lain pun dah tahu. Setakat ni saya dah berjaya buat. Tapi ada gak masanya bila saya terlalu kepenatan. Mmg tak sempat nak buat aper.. Mmg dah saat nak cari katil dgn bantal je dah.. hehe…
Disebabkan saya semakin susah nak online sekarang.. Jadi dikesempatan ni saya nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada Mak dan MA. Dan tak lupa juga Hari Bapa yang akan tiba nanti.. SELAMAT HARI BAPA utk Bapak dan suami tercinta, En Lan..
p/s : Disebabkan menggunakan desktop mak, jadinya tak ade la pulak gambar Mak dan Bapak yg boleh saya letak kat sini.. (selalu ingat nak bawa laptop bila balik Kg Pandan, tapi hari ni lupa la pulak!!!)
Posting tweet...
Powered by Twitter Tools