*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Adakah anda dah bersedia?
Adakah anda telah mempersiapkan diri?
Huhuhu… Macam biasa saya dah siapkan diri. Siapkan mental walaupun my Other Half tu mcm tak nak jee..Tapi dia cakap kalau ada, Alhamdulillah rezki Allah nak beri.
tapi…..
sedeynya…
dalam bulan 11 dulu saya pi Pusrawi Kajang, jumpa dgn my panel doc, Dr Mashitah.. Ni gara2 nak guna kaedah perancang keluarga. Bukan aper, masa tu Azzalea belum smp setahun, so takut terbabas la kan.. hikhikhik..
Jadinya, dah smp sana, jumpa doc, bincang2.. saya pun ambil suntikan Progestin dan Progesteron atau lebih dikenali dgn Depo Provera.
Sikit info pasal Depo Provera ni…Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.
Saya hanya suntik sekali je..sbbnya..menstrual period saya sgt2 terganggu.. Bila dh tganggu hubungan yg suci murni juga turut terganggu.. Emosi mmg sgt teruk..kdg2 marah2 je.. mcm org preggie..Padahal tak pun..
Say pun bincang2 dgn En Lan, tak mau la ambil suntikan ni lagi.. Lagipun suntikan yg seterusnya tu ialah pada bulan 2 yg lepas. Azzalea dah cukup setahun. Saya pun okies je la.. Dlm masa yg sama boleh la nak cuba utk yg ketiga..
Masalahnya…
Sekarang dah bulan 4. Haid tak kunjung tiba….
Emosi semakin terganggu. Badan selalu penat, cepat marah. Lately ni kalau saya marah, mmg confirm saya dapat high blood pressure. Boleh rasa kat kepala.. (selalu tension dgn org2 klinik nih)..
Adakah saya mengandung??
Tadi pi beli pregnancy test kit kat farmasi…
Keputusannya..
mmm..
masih belum ada rezki..
mgkin sbb hormon tu tak hilang habis lagi kot…sedeynya….. :~(