Hari nak cerita sket pasal CD. Saya cerita bukan pasal nak promote CD yg saya jual, tapi saya nak berkongsi dgn pembaca. Saya senang betul kalau dpt berkongsi benda yg baik dgn org lain. Macam saya dgn Shaklee la. Saya makan makanan yg berkhasiat, mendapat faedah dan manfaatnya, jadi saya nak berkomgsilah dgn org lain. Spy org lain jg dapat merasa faedah dan manfaat itu.
Penjimatan berlaku apabila kita telah menggunakan cloth diaper scr keseluruhan atau sepenuh masa. Actually, kalu guna scr part time pun boleh gak rasa. Macam mana nak kira penjimatan tu?? Ok,kita mula dulu dgn penggunaan dispo diapers.
Sebulan, anggaran penggunaan adalah sebanyak 4 pek besar.Satu pek ada dlm 70pcs. Satu pek tu biasanya berharga lebih kurang RM25. Jadi satu pcs lebih kurang RMo.30. Sebulan tadi dah RM100. Mmg nampak dispo diaper itu murah. Tapi jgn berhenti membaca di sini. Belum habis lagi. Sila sambung ke bawah.
Dalam setahun, anda dah menghabiskan sebanyak RM100 x 12 bulan = RM1200. Bagi seorang anak, anggaran umur sebelum mereka pandai pi toilet sendiri ialah pada umur 3 tahun. Jadi anda telah menghabiskan wang anda sebanyak RM1200 x 3 tahun = RM 3600.
Itu baru seorang anak. Katakan pada masa yg sama, anda ada lagi seorang anak. Tidak ke pada masa itu, perbelajaan utk dispo diapers ni berganda?? Mmg anda boleh cari yg lebih murah. Tapi kualitinya akan kurang sedikit. Dan anak anda akan lebih senang dapat rashes.
Ok. sekarang macamana nye yg jimat tu kalau guna cloth diapers?
Satu CD berharga RM30 ke RM60 (bergantung kpd jenis CD, coraknya dll). Utk penggunaan scr sepenuh masa, anda memerlukan sekurang2nya 20 pcs. Satu hari lebih kurang 10pcs la. Lagi 10pcs tu utk kegunaan esok,sempatla anda cuci dan keringkan yg lagi 10 tu..
Mmg pada permulaan tu susah skit. Yela, kalau sebelum ni dgn RM30 anda dah boleh beli 100 dispo diapers tetiba dgn jumlah tu anda dpt satu diaper je..Tak ke tergezut..heheh..
Jgn risau!!! Sila sambung lagi pembacaan anda..
(rajin betul saya mengarang arini!!)
Ok..kita ambil cloth diaper yg murah dlm RM30 sekeping. Anda nak buat fulltime kan tadi. Jadi perlukan 20 pcs. So, sumenya berharga RM30 x 20pcs = RM 600. Mahalnye!!!! heheh
Disebabkan cloth diapers ni anda pakai dan basuh, jadi setakat itulah tadi perbelanjaan anda. (Eh…dah ke??) Yee..dah sudah dah. Itu je la. Gunakan la sampai umur anak 3 tahun. Mungkin dia akan berhenti pakai diapers lebih awal sbbnya bila pakai cloth diaper ni, mereka lebih sensitif dgn kebasahan pada punggung mereka..
Bandingkan RM3200(utk 3 tahun) dgn RM600 sekali saja. Figura ini akan jadisedikit berbeza, bergantung dgn dispo yang anda gunakan dgn CD yg akan anda beli.. Tapi walau mahal sekalipun CD yg anda beli, masih berlaku penjimatan ni.
Nak betul2 jimat lagi, gunakan duit yg anda allocate utk beli dispo tadi utk membeli CD dan asingkan lebihan wang ke dlm tabungan yg berbeza (satu tabung khas utk diapers). Anda pasti akan terkejut!!! yeay!! Cubalah, jgn tak cuba!!