*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Bila depa ni nak habis bertelagah? Sebelah pihak macam relax je, sebelah pihak lagi mcm kera dlm kandang. Woi, letih dahla.. Rakyat juga yg menderita nanti. Sudah2 la tu.. Nak cakap bebanyak, yg buat perangai tu org tua. Cuba la jadi org tua yg berakal. Diorang ni tak perasan ke tindakan diorang ni boleh menyebabkan masalah yg lebih besar dlm negara. Dengan masalah kegawatan dan kemelesetan ni, keadaan boleh jadi lebih meruncing. Ish…bengap sungguh la depa ni. Rasa mcm nak hantuk je kepala depa kat dinding.
Kalau keadaan kat Perak berterusan, isu politik ni masih tak selesai… Negara akan dapat nama buruk. Pelabur tak nak dtg dan melabur kat negara kita lagi. Bila pelabur tak dtg, rakyat takde kerja. Adoooooii, lu pikir la sendiri. Pastu pergi bersidang bawah pokok pula!! Apa kejadahnya tu.. Ni bukan masalah parti ye. Yang saya ambil berat ialah kedaulatan undang2, kehormatan perlembagaan. Mereka dahla tak hormat pada Sultan, memain pulak pasal undang2. Mencemarkan pulak perlembagaan. Bersidang bawah pokok macam kambing2 duduk berkumpul, sambil mengembek dan mencabut rumput… Tercemar sudah negara kita di mata dunia. Mereka tak pikir pasal ni. Yang mereka pikir ialah kesenangan diri dan kepentingan masing2. Siapa yg susah??? RAKYAT lah..
Enough is enough la..Berpikir la dengan cara matang. Duduk berbincang. Cakap bebaik. Ambil air sembahyang sebelum berbincang. Minum air bebanyak supaya tak cepat naik darah. Bila la nak selesai ni??
Dapat MC. Demam selsema dan batuk yg teruk. Tapi adakah saya akan berdiam dan tidur sahaja di rumah?? Mgkn tidak. Tempahan tudung dah menanti, kena gagahkan diri utk siapkannya.