*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for March, 2009


Jenjalan makan angin!!

Mar 26, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

En Lan tercinta dok request.. Asyik gambar saya dgn anak2 je..Gambar dia takde.. heheh..keskeskes.. Harus tukar nama domain jadi Az’s Family.. Baru cun!!

Ok..bg tidak menghampakan En Lan tercinta..Lepas2 ni harus sama rata antara En Lan, saya dan anak2..

En Lan dh kerja kat TM since 2002.16 Oktober 2002. Since tu sm la ni, dia sokmo outstation. Tapi tidak ler setiap bulan. Yg best bila dia outstation ke luar negara. Sbbnya dapat le saya join sekaki..eh..ke join sekali… Tapi sebyk2 trip yg dia pergi, saya baru dpt join sekali shj. Yg lain2 tu, tak kena masa. So tak dpt le ikut.

Tempat yg memula En Lan pergi ialah Stockhom (adeeh..lupa ejaannye..kira halal je la ye). Dari sana dia ke Paris pula. Masa tu saya dalam pantang lagi. Bersalin Azyana lah.. Tiap2 mlm En Lan call dari sana nak tau kabar berita saya dan Azyana. Bila balik, tgk bil..fuuuh…nasib tak smp angka ribu…

Di Stocklhom….

stockhom

pict0048

Di Paris….

Paris 1

Paris 2

Ni kes takde kerja la ni… Kuat ke Ayah??

Disebabkan saya tidak pandai bab edit mengedit gambar ni, jadinya tidak le banyak gambar yg saya dapat tepek..

Paris 3

Suka gambar ni..Pemandangan Paris dari Eiffel Tower. Takde bangunan yg tinggi pun..

p/s: Ayah, Ibu ngantuk la.. Nanti Ibu sambung ye…

Throw the damn ball!!

Mar 26, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Ni cerita minggu lepas..

Nampak sgt saya tak update..

Waaaa… makin tak sempat oo.. Lately ni pulak, bdn asyik penat jee.. Mlm tido, flat smp pagi..

Disebabkan weekend saya dan En Lan sibuk nak uruskan hal rumah baru, jadi kami ambil waktu lepas kerja utk bersuka ria dgn anak2. Kami pakat i main boling (w/pun saya tak pandai main!!). Jadinya, lepas maghrib saya tunggu En Lan kat LRT dn terus menapak ke BTS..yay!!! Kami ke Ampang Super Bowl.

Actually itu lah kali pertama saya ke Berjaya Times Square.hahah… Walaupun dulu selalu naik monorail nak pergi kerja, tapi tak pernah sekali pun saya jejak kaki ke sana… Kelakar sungguh. KLCC tu pun kalau tak sbb member2 masa belajar kat UKM KL dulu yg ajak, ampun lah kaki ni nak pergi.. Tak kose.. Saya mmg ada sikit allergik dgn tempat yg penuh2 org nih.. (allergik2 pun, konsert KRU kat Dataran Merdeka dulu, smp jg!!!)

Disebabkan lupa nak keluarkan hp, jadinya gegambar ni dah terlewat sket la kan.. Kaut boling kat ASB ni, mak aaaih..besar beno.. mmg le dah saiz kaki kita. Tapi kasutnya tu tak kiut lgsg..Mcm pakai kasut Ronal McDonald tu la.. Sabau je la…

Semua pandang atas

Ni masa frame pertama… Ceh..Dok tgk markah la tu..

Pak Ngah buat balingan

Adik kesayangan saya buat pose baik punyeee.. Makwenye si Zura pun ada.. Masa frame 1 ni, si Zura mcm tetakut lagi nak buat balingan.. Tgk le ms frame 2..tak ingat dunia.. Aise..Lupa nak snap gambar skrin tu…Saya la pemenang di tempat akhir utk kedua2 frame..ekkeee…

Ayah pulak

En Lan pun tak nak kalah.. Dia la pemenang utk kedua2 frame. Baling yah..Jgn tak baling..

Lapar

Penat main, makan dulu… Disebabkan nak cepat masa keluar rumah tadi, saya tak sempat nak siapkan snek utk anak2.. Jadi, order sajalah…

Ibu dgn adik

Pos dgn Nandik (panggilan En Lan utk Azzalea).. Azyana selalu marah kalau dgr ayahnya panggil mcm ni..’Aiks..dosa la!!’

Belajar Tudung DIY

Mar 22, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me, Sewing Time

Ramai gak yg bertanya mana saya belajar menjahit tudung DIY tu. Saya mmg dah minat menjahit dari sekolah rendah lagi. Memula belajar menjahit dulu, cikgu suruh jahit cross-stiches. Senang sangat. Sekejap je dah siap. Masa tu darjah 3 kot. Then tah darjah berapa, cikgu suh jahit buat anak patung pulak. Jadi le satu anak patung bentuk kucing. Rasanya ada simpan lagi. Ada dalam kotak kat rumah mak yg satu lagi (jadi rumah stor!!). Ni suma belajar masa kelas pendidikan seni.

Then masa sekolah menengah pulak, belajar masa kelas ERT. Suka sgt kelas ni. Belajar masak, belajar menjahit, belajar bertukang, belajar wiring. Tapi masa tu projek KH, bapak yg tolong siapkan. Sbbnya bapak tgk anak dia yg sorang ni buat kerja tembel sgt. Alih2 dia siapkan. Tapi bapak tolong siapkan bab yg nak jahit sarung kotak tisu tu. Kotak tisu tu saya hantar kedai kayu je. Ye la,lepas beberapa kali buat sendiri asyik tak cantik dan tak berjaya je..hantar je la kedai. Habis cerita. hehe… :) pecah rahsia saya.. ekkkee… Sebelum tu sempat jg belajar jahit baju kurung kedah dgn apron. Apron tu masih ada lagi. Kalau ada masa, nak selongkar carik balik. Then frame kan..ok tak??

Semasa tingkatan 5, saya tolong jahitkan langsir kelas. Kami beli kain yg murah je. Then pergi rumah kawan yg rumah dia kat depan sekolah (sekolah saya ialah sekolah berasrama). Siapkan jahit langsir tu pastu esoknya, terus gantung. Alaa..setakat jahit lurus. Lagi la senang. Bukannya kena buat scallop bagai..

Pastu, ada masa lapang saya buat cross-stiches. Selalunya hasil kerja saya mmg tak pernah saya simpan. Asal dah siap je, ada la yg berkenan. Masa tu tidak lah terpikir nak buat jualan dari hasil kerja tangan tu. Dah la nak siapkan satu gambar tu ambil masa (bergantung kd saiz dan warna yg diguna). Ish…kalau buat jualan, mau kaya dah..hehehe.. Mesin jahit dah lama tinggal dah. Yela, masa belajar  kat U dulu, saya duduk asrama. Takkan nak angkut mesin jahit mak yg antik tu pi asrama pulakkan. Mmm.. Nape la saya tak beli je mesin mudah alih kan masa tu. Mesti banyak projek yg saya dapat buat.

Tetiba ni je bila keluar tudung Ekin tu..Rahsia terbongkar.. Ramai yg tahu macamana tudung tu dijahit. Syok  jg bila dapat jahit sendiri. Puas rasanya walaupun tidak lah cantik sgt. So, kepada sesiapa yg teringin nak belajar, boleh ke CYNOSURE. Kat sana, anda boleh dapatkan template dan juga starter kit. Cara2 nak buat juga boleh anda dapati dari sana. Oh, saya pernah bgtau pasal blog ni dlm post2 yg lalu bawah label Tudung DIY. Takpe, saja nak upkan balik..

Jgn lupa belek2 Ibuaz Shoppe. Nanti saya akan uploadkan gambar kain dan awning yg telah dimatchkan. Kalau ada sesapa nak buat tempahan, boleh bgtau saya ye..

Berapa haribulan??

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta