*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
Alhamdulillah.. Syukur saya kepada Allah. Hari ni Azyana dah berusia 3 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu. Rasanya baru je mengandungkan dia dan bersalinkan dia.. (oh..tetiba menitis je airmata!! *-`)
Seawal dari perkahwinan dulu, saya dgn En Lan mmg merancang utk dpt anak secepat yg boleh. Masa perkahwinan baru 3 bulan, saya dah nekad. Kalau dah masuk 4 bulan, saya nak gi buat check up. Bukan apa, kalau ada ape masalah, kita dah boleh atasinya dari awal. Tidak perlu lah tertunggu2 dan ternanti. Saya nak siapkan badan sebaik mgkn utk melalui proses kehamilan tu.
Tapi tak sangka, bulan ke 4, saya check sendiri, Alhamdulillah!! En Lan pun tak percaya. Walaupun dah terlompat2 dan terkinja kesukaan pun, masih tak percaya.. (ape la Ayah ni..) Jadi kami pergi jumpa doktor di Hospital Pusrawi Kajang dan berjumpa dgn Dr Mashitah. Doktor dah confirmkan.
Alhamdulillah, semasa proses kehamilan, saya tidak mengalami masalah yg teruk. Alaa…sikit2 je mcm pening2 tu.. Lenlain takde. Selepas 9 bulan, saya selamat melahirkan Azyana. Tiada apa2 mslh yg besar. Cuma waktu kelahiran adalah lebih awal dari jangkaan.
Dan sekarang, Azyana dah berusia 3 tahun!!

Ni gambar Azyana selepas beberapa minit dilahirkan..

Ni masa dlm pantang…

Ni masa cukur jambul (sorry, gambar ni kecik sbb ambil dari tempat lain. kalu edit, jd tak cantik)

Belum setahun pun lagi, dah pandai jalan!!

Gambar raya 2007, tgh mengandungkan Azzalea. Aise, muka Azyana tak siap!!

2008, Azyana dapat adik… Suke sgt peluk cium adiknya..
Skrg jd kawan gaduh..

My little Angel!!
Adeeeh…lagi 2 minggu nak angkut bebarang masuk lori!! Tapi dapurnya tak siap2 lagik.. Nanti mau saya dan family makan kat luar je ni..(kopak la poket I cenggini!!)
Besok (Jumaat), nak pi tgk rumah.. Jgn saya lupa bw kunci sudah.. Kat dok mengintai je la dari luar.. Nak jadi cerita, jiran rumah sebelah emo sket dgn kontraktor tu (kami gn khidmat org yg sama!!)
Ye la.. kalau jadi kat saya, saya pun marah gak..(dah lah lately ni asyik nak marah jee — kenapa ek??) Dia blum siap lagik wat umah sebelah, terus je dia pindah buat kat rumah saya. Saya ingat dia dah siapkan rumah tu, takde la saya nak kata apa kan..
Nasib saya baca kat blog kakak tu.. Kalau tak, tidak ler saya tahu perkara nih..
Ni rumah saya ni, bila agaknya nak siap nih!!! Waaaa.. dah tension ooo.. Patut saya tepek gambar bilik saya skrg.. Teruk sgt dah. Macam tongkang pecah. waahaaahhaa…
Cepat laa…..
Selain tudung DIY, saya dah terjebak ke perkara baru. Ni mmg addiction baru saya.. Mg addicted sesgt.. Pastu, poket pun kopak.. Tapi saya percaya. Di mana ada kemahuan dan kesungguhan, pasti ada jalan dan kejayaann. Saya skrg sgt suka mendownload ebook.
Saya sgt suka membaca. Mmg seronok bila download mendownload ni.. Tapi yg tak best, saya kena baca kat laptop. Tak sempat lagi nak print out. Tapi kebanyakan yg saya download tu adalah berkaitna bgmn nak menjana duit dari internet. Kalau diikutkan, saya mmg tak punya masa nak buat perkara2 mcm ni. Tapi apa salahnya mencuba. Kalau tak cuba, tak tahu.. Yelah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia hanya Allah yg tahu..
Nanti2 le saya cerita apa yg saya dah buat.. Niat saya satu shj. Nak cari duit lebih utk anak2. Kongsi rezeki dgn org2 yg sepatutnya.
Harap2 apa yg saya buat ni diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.