*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]
Alhamdulillah.. Syukur saya kepada Allah. Hari ni Azyana dah berusia 3 tahun. Sekejap sungguh masa berlalu. Rasanya baru je mengandungkan dia dan bersalinkan dia.. (oh..tetiba menitis je airmata!! *-`)
Seawal dari perkahwinan dulu, saya dgn En Lan mmg merancang utk dpt anak secepat yg boleh. Masa perkahwinan baru 3 bulan, saya dah nekad. Kalau dah masuk 4 bulan, saya nak gi buat check up. Bukan apa, kalau ada ape masalah, kita dah boleh atasinya dari awal. Tidak perlu lah tertunggu2 dan ternanti. Saya nak siapkan badan sebaik mgkn utk melalui proses kehamilan tu.
Tapi tak sangka, bulan ke 4, saya check sendiri, Alhamdulillah!! En Lan pun tak percaya. Walaupun dah terlompat2 dan terkinja kesukaan pun, masih tak percaya.. (ape la Ayah ni..) Jadi kami pergi jumpa doktor di Hospital Pusrawi Kajang dan berjumpa dgn Dr Mashitah. Doktor dah confirmkan.
Alhamdulillah, semasa proses kehamilan, saya tidak mengalami masalah yg teruk. Alaa…sikit2 je mcm pening2 tu.. Lenlain takde. Selepas 9 bulan, saya selamat melahirkan Azyana. Tiada apa2 mslh yg besar. Cuma waktu kelahiran adalah lebih awal dari jangkaan.
Dan sekarang, Azyana dah berusia 3 tahun!!

Ni gambar Azyana selepas beberapa minit dilahirkan..

Ni masa dlm pantang…

Ni masa cukur jambul (sorry, gambar ni kecik sbb ambil dari tempat lain. kalu edit, jd tak cantik)

Belum setahun pun lagi, dah pandai jalan!!

Gambar raya 2007, tgh mengandungkan Azzalea. Aise, muka Azyana tak siap!!

2008, Azyana dapat adik… Suke sgt peluk cium adiknya..
Skrg jd kawan gaduh..

My little Angel!!