Atas usaha pencetus idenye iaitu Kak Zatul a.k.a. zatul77 dan sokongan padu dari para ibu dari forum SusuIbu.com, maka berjayalah juga aktiviti berkumpul ini. Sebenarnya saya dapat tahu pasal gath ni last minute. Sbbnya dah lama sgt tak masuk forum dek sibuk menjahit tudung DIY. Nasib baik En Lan berbesar hati nak bawa saya anak beranak ke Shah Alam. Terima kasih, sayang!!!

image001

image003

Ni dalam perjalanan ke Shah Alam.. Disebabkan temanya warna hijau, jadi kami berpakaian serba hijau. En Lan je tak, sbb dia takde baju warna itu.

Sepatutnya, majlis bermula pada pukul 8.00 pagi. Tapi seperti yg telah Kak Zatul cakap, mesti akan mula lambat punya. Mmg pun. Macamana nak smp pukul 8 kalau pkul 8.30 pun belum bangun lagi. Saya dah siap seawalnya, tapi anak2 tak nak bangun lagi. Kalau dikejut, Azyana akan mengamuk dan moody. Jadi terpaksa la tunggu 2 beradik ni bangun.

image004

Tu dia.. Penunggu setia.. Eh, lupa plak nak tanya sape yg sponsor banner ni… Terima kasih banyak ye!!

Nak sampai ke tempat ni tak susah sebenarnya. Tapi disebabkan mmg kurang arif dgn laluan di bandar Shah Alam tu, jadi kami ambil masa juga utk sampai. Masa sampai ni acara telah bermula iaitu acara sarapan pagi. Waah!!! Pepagi dah dijamu dgn sate.. Disebabkan gath ni dibuat scr pot luck, jadi banyakla makanan dan minumannya.. Kenyang betul!!!

image008

Tgk la sendiri. Bersusun sebenarnya. Yang di seberang sana air kotak dan air mineral yg bersusun.

image007

Kalau pergi mana2 acara yg saya punya, ni la yg paling saya risau. Takut En Lan tersayang saya ni bosan. Alhamdulillah. Nasib baik ada jumpa geng. Ni Syam, kawan dia dari matrikulasi..

Setelah didapati kehadiran dah ramai, jadi acara pun dimulakan. Takde la formal. Kita kan nak bersuka-suka dan bersuai kenal. Acara dimulakan dgn ucapan alu-aluan dari kak Zatul. Seterusnya sedikit talk dari Dr Nazatul Shiha a.k.a Shiha. Talk tu lebih pada revising pada semua ibu2 mengenai penghasilan susu. Lepas talk, ada le sesi soal jawab. Acara disambung pula dgn talk mengenai cloth diaper. Kak Suraya a.k.a. Diyaluna dgn senang hati bg talk ni. Hehhe…Sambil menyelam minum air, siap promote lagi.. Jadinya adala sekeping dua CD tu telah dibeli oleh ibu2 yg dtg. Selesai pasal CD, pasal pouch sling pula. Talk ni diberikan oleh Kak Shada a.k.a. Shais. Sama mcm diyaluna, lepas cerita, promote, jual la sekali!!! Saya pun teringin gak sebenarnya nak beli pouch sling tu. Nak ganti ring sling saya. Tapi rasa macam membazir pula. Mmmm… takpe la.. Ring sling saya masih boleh digunakan lagi, cuma saja nak beralih angin.

image013

Kak Shiha bercerita dgn penuh teliti dan bersemangat

image018

Tgk tu, khusyuk betul para ibu ni…

image019

Masih khusyuk. Para bapa pun tak ketinggalan. Ada seorang bapa telah bertanya kpd kak Shiha mengenai ibu yg berpenyakit tapi mahu menyusukan bayinya. Jawapan Kak Shiha, selain HIV, TIBI dan ??? (lupa!!!), boleh nak nyusukan bayi. Kalau setakat demam, lagila boleh. Bila ibu demam, badan ibu akan menghasilkan antibodi melawan demam tu. Bila anak menyusu, anak akan dapat antibodi yg terhasil tadi. Bagus tak???

image020

Giliran kak Suraya pula..

image023

Giliran Kak Shada…

Kami dah beralih tempat. Matahari dah makin tinggi, para ibu semakin sibuk mengipas anak2. Jadi duduk bawah pokok, sejuk sikit…

image024

Para ibu dan bapa masih khusyuk mendengar walaupun tempat dah berubah

Majlis ini tidak akan berseri tanpa kehadiran moderator forum susuibu.com, Kak Kamariah a.k.a. Mama. Sebenarnya, kak Kamariah sgt sibuk namum dapat jua dia meluangkan masa utk datang ke majlis ni. Selepas habis talk, kak Kamariah bagi ucapan terima kasih yg tak terhingga kpd semua ahli forum dan berharap pada gathering akan dtg lebih byk lagi pengisian yg dapat dibuat. Insyallah, dgn adanya sokongan dari sume ahli forum, majlis akan dtg akan lebih baik lagi. Lepas kak Kamariah bg ucapan, tibalah ke acara potong kek utk anak2.. Nak bagi fair, acara ni utk semua lah kan. Ulangtahun kelahiran sepanjang tahun.. Sepanjang acara berlangsung, ia diselang seli dgn cabutan bertuah. Sesambil tu juga, acara makan dan minum yg berlangsung tanpa henti.

image021

Kak Shiha dgn Kak Kamariah. Macam kembarkan mereka hari ni??

image022

Azzalea yg sgt sibuk. Dah ngantuk ni, tapi dia gagahkan juga nak berjalan

image026

Azyana yg terlebih sibuk. Berapa kali hilang dah kat sini.. Asyik jalan, main je..Tah berapa kali my blood go upstairs.. Pasni ko kena ikatla kak…

image027

Tu dia kek2 nya. Ada sekotak lagi yg berisi cupcakes. Sedapla cupcakes tu, sape bawa??

image029

Kak Kamariah a.k.a. Mama tgh bagi ucapan

image030

image031

image032

Aksi anak2 depan kek

Habis semua acara, tibalah kita ke acara yg paling wajib di mana-mana majlis, iaitu sesi bergambar beramai-ramai. Gambar ni saya pinjam dari cik fid a.k.a lovebaby Terima kasih!!


ramai3

image033

Disebabkan tidak dapat mengambil gambar beramai-ramai, saya ambil aksi jurugambar di hadapan kami.

image035

image036

Bergambar kenangan. Aise…lupa plak nak nanya nama mak yong ni… Sape dia?? Mgkn dah tanya tapi lupa.. Maaf!!!

image037

Berjalan pulang…

image038

image039

Mereka yg kepenatan…Kesian…

Alhamdulillah, selesai sudah. Ukhuwah yg telah lama terjalin melalui dunia maya selama ini, akan bertambah erat selepas sesi ini. Terima kasih kak Zatul, terima kasih En Lan, terima kasih ahli forum yg telah menjayakan majlis kita yg tak seberapa tapi bermakna ini..