*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for January, 2009


Persediaan sebelum penyusuan

Jan 30, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

06edb04b9b78ecb6 VS 4b404fe249117790

Sempena dgn ulangtahun kelahiran Azzalea yg pertama yg bakal tiba, saya nak buat post mengenai penyusuan. Saya terasa nak berkongsi dgn para ibu dan bapa, juga kpd bakal2 ibu dan bapa yg melawat blog saya ni. Post-post akan dtg akan berkaitan dgn penyusuan. Walaupun bulan penyusuan (bulan Ogos) bg tahun 2009 masih jauh lagi, tapi persediaan dan juga peringatan perlu lebih kerap dibuat. Kitakan manusia. Sering lupa, sering melakukan kesalahan. Oleh itu sebagai sesama manusia, kita perlu sering ingat mengingati.

Ok, sekarang buat bakal ibu dan ibu2 yg telah mempunyai anak harus menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Ini adalah unsur utama yg perlu dititikberatkan utk menghadapi proses penyusuan yg panjang dan penuh cabaran nanti. Selain daripada 2 faktor tadi, faktor tambahan lain yg membantu kejayaan penyususan adalah sokongan moral dan kewangan.

Persediaan mental dan fizikal

1. Dapatkan informasi awal dan tepat

Anda boleh dapat dari klinik tpt anda buat pemeriksaan kandungan, dari pakar O&G yg memeriksa anda. Atau juga dari internet dan pakar laktasi. Skrg ramai yg dah mempunyai sijil laktasi, jadi mudahlah kita utk cari mereka ni.

2. Tenangkan hati dan fikiran

Mcm kita nak hadapi peperiksaan, macam tu jugalah perasaan kita bila nak menghadapi proses ni. Perkara ni berlaku esp pada ibu2 yg pertama kali nak menyusukan, yg dah pernah menyusukan pun akan rasa juga tapi tak teruk sgt la. Bykkan lah berdoa spy kita tenang, dan dapat menghadapinya dgn mudah. Bila hati dan fikiran kita tenang, proses penyusuan akan jadi lebih mudah dan susu dapat mengalir keluar dgn lebih senang lagi.

3. Bersedia dgn perubahan masa

Sekalu-sekali berlakon2 lah macam bayi tu dah ada. Buat dari masa hari pertama dia telah lahir ke dunia ini. Bayangkan hari itu hari pertama anda memangkunya, pertama kali menyusukan bayi itu. Kemudian bayangkan setiap tiga jam anda perlu menyusukan bayi anda. Bayangkan anda perlu bangun setiap tiga jam itu tatkala anda sedang nyenyak tidur. Lakonkan situasi ini pada hujung minggu. Dapatkan bantuan dari suami atau emak atau emak mertua.

Rasionalnya, kita telah punyai ilmu. Anda dah baca segala informasi dari gedung internet, dah beli buku terbaik dari toko buku terkenal tapi secara realitinya anda tak nampak. Ini yg menyebabkan ramai ibu2 gagal utk menyusukan anak mereka. Mereka terlupa bahwa perkara ini tidak mudah. Ia menuntut segala kerahan tenaga anda. Bila anda dah mencuba melakonkan situasi itu, anda dah dapat gambaran apa yg akan berlaku dan mempersiapkan diri dgn lebih baik lagi.

Ingat, menyusukan tidak menyusahkan tapi menyeronokkan!! Oleh itu, bersedialah dari awal.

Sokangan moral dan kewangan

Di samping anda mempersiapkan diri, jgn lupa elemen di sekitar anda. Suami, emak, emak mertua, sanak saudara, kawan-kawan atau anak2 yg lebih tua. Bagi bakal ibu yg pertama kali nak menyusukan, sokongan suami adalah sangat penting. Bawa suami sekali mengalami proses ini, kerana bayi yg anda akan susukan itu nanti adalah anak dia juga. Ceritakan pada suami kebaikan susu ibu. Bawa suami anda dengar sebarang ceramah mengenai penyususan ibu ini. Kalau anda terasa susah nak ceritakn, cari poster atau apa flyers dan tampal di kawasan yg anda rasa sesuai dan sering dikunjungi. Secara tidak langsung, informasi itu akan smp jg kpd si suami.

Walaupun emak dan emak mertua kita pernah melahirkan dan menyusukan tapi mgkn pada masa mereka keadaan tidak sama. Dulu tidak banyak informasi dapat diperoleh berbanding sekarang. Jadinya kongsilah bersama ilmu yg kita dpt dgn mereka. Bagitau maklumat yg kita dpt tu telah ada kajian dan bukti. Jgn lupa bagi sekali petikan dari Al-quran, surah Al-Baqarah Ayat 223 yg bermaksud “Ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama 2 tahun, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. Hah..tu dia.Kuat sikit hujah kita. Kalau susah nak cakap, buat je mcm yg kita buat kat husband tadi. Tepek sume info yg kita dpt kat peti ais ke, almari ker, or kat memana yg mak dan MIL akan lalu. Nanti lelama terbuka lah hatinya utk menyokong niat murni kita itu..

Sesambil tu, tgk2 jg tpt kerja kita. Camne nanti lps habis confiment, senang tak nak mengepam, ada tak tempat nak pam, opismate camner plak.. Ni sume masuk bawah elemen sokongan moral. Kalaulah anda org pertama yg berniat nak menyusukan bayi anda secara eksklusif di tpt kerja, byklah cabrannya. Jadi bersedialah dgn sebarang kemungkinan. Sebarkan kpd kawan2 mengenai kebaikan susu ibu. Dapatkan tpt khas utk menyusu dari majikan, hantar proposal utk minta tpt yg sesuai.

Ok..sokongan moral sume dah dapat. Suami sokong, mak sokong, MIL sokong, even kengkwan kat opis pun sokong. Apa lagi yek?? Oh alatan utk mengepam dan sebagainya. Ni elemen kewangan ni bergantung kpd budget dan kemampuan. Kalau nak beli yg cangih manggih tentulah mahal.

Apa yg kene ada??

1. Alatan mengepam – lebih baik beli yg double pumpin

2. Chillers

3. Cooler bag

Rajin2 la tgk kat online shop spt susuibu.com, MLO, fabulousmom.com dll. Kalau pandai cari, boleh dapat harga yg berbaloi. Nak kata murah, takde benda yg murah kan. Apa2 sj yg berkaitan dgn penyusuan, brg2nya agak mahal sedikit. Mcm baju penyusuan, bra, supplement dll..

Rasanya dah cover dah semua. Kalau ada aper2 yg tertinggal sila komen yekk.. Almaklum, sambil menaip ni sambil buat kerja lain..kang adala yg termiss.. Sambung lagi di episod seterusnya..

Bila dah mengadap TV

Jan 27, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Si tembam saya mmg pandai tgk TV. Berbanding Azyana pada usia ini, Azyana lebih suka bermain dgn barang mainannya. Azzalea pula pantang dgr lagu atau suara kanak-kanak, dia akan tgk TV dgn mata yg tak berkedip.

image001

Ni pandangan dari jauh..

image003

Ni pandangan dekat..

Cuti yg panjang…

Jan 27, 2009 Author: Cik Yut | Filed under: Me

4 hari cuti.. Hari Sabtu, kami ke ILSAS. Kwn sekolah En Lan adakan birthaday party anaknya yg ke2 tahun. Ku angkut sekali sepupuku, Kak Shila dan anaknya. Suaminya takde ade, pergi anta kereta ke bengkel utk di servis. Selesai ke majlis, dah hantar Kak Shila balik, kami ke Putrajaya. Ingat nak biar anak2 main basikal mereka di dataran. Tapi tak bernasib baik. Hujan lebat betul…

Hari Ahad, tghari tu kami ke Bangi lagi. Hari ada ada jemputan kenduri aqiqah yg dibuat oleh En Effendy utk anaknya Erfan. En Fendy ialah salah seorang optometris di HS. Balik dari kenduri, saya ajak En Lan utk singgah ke kedai kain Karisma yg terletak di Seksyen 4 Tambahan. Beli kain dlm 4 warna. Bulan ni mmg saya peruntukkan utk beli kain. Sbbnya bulan depan adalh bulan utk membeli semua supplement Shaklee saya yg dah nak habis stok. Ada yg dah habis pun. Tapi alang2 nak order, biar byk sket. Kak N, tunggu order saya ye!!

Hari Isnin, kami ke Bukit Mahkota pula. Kwn En Lan adakan birthday party ulangtahun pertama anaknya. Si kecil ni lahir tanggal 25 Januari, tapi saje mak ayah dia nak buat hari tu. 26 Januari ialah ulangtahun kelahiran En Lan. Happy birthday Sayang!! Ibu mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yg berpanjangan buat Ayah.

Hari ni, hari Selasa. Kami melepak aje di rumah. Saat saya sdg meng update blog, En Lan dan anak2 sdg lelap. Kalau mereka berjaga, tak mampu le nak buat ni. Sekarang Azyana dah kurang mengganggu tatkala saya sedang sibuk menjahit. Cuma Azzale saja yg masih suka bermain dibawah kaki mesin jahit tu. Sempat juga ke rumah pembekal kain utk mendapatkan beberapa bekalan utk tudung2 saya. Oh ye, harap maklum. Saya mmg tak ambil tempahan sbbnya mutu dan kualiti jahitan saya mmg tidak boleh dibanggakan. Ia hanya sesuai utk saya…

image014

Si Azzalea ni suka duduk kat bawah. Saya tgh melipat kaki dlm kereta masa ni. Pantang nampak hp ibu, terus je pandang..

image0151

Senyumla Dik..Eh camne nak senyumkan, puting lekat kat mulut tu…

image005

image006

Buah hati saya!!! Azzalea nampak macam lelaki kan??

Berapa haribulan??

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta