Sekarang ni ada kat tempat servis kereta. Dah alang-alang dapat MC, saya bawa kereta ke tempat servis. Jadinya, saya tak dapatla nak letak gambar Azzalea dgn satu mata dia yang bengkak tu. Sekarang mata dia dah semakin baik, tapi dah berjangkit ke Ibu, Ayah dan Azyana. Saya dah terasa sakit mata sejak dari hari Khamis yg lepas. So, saya just pakai ubat titis yg ada kat klinik. Hari tu Acap ada follow up kat klinik, so saya suruh dia bawa Azzalea sekali. Sakit dia sama je mcm pakcik dia.

Makin hari, nakin rasa sakit dan gatal mata saya. Tiap masa dok tgk mata kat cermin. Sah. Kena gak. Cuma saya punya lain sikit dari Acap dan Azzalea. Diorg punya mata ada pseudo, tapi mata saya gatal, merah yg teramat. Hari ni dah semakin teruk. Tapi saya dok galak berjalan. Hehehe…

En Lan dah kena gak. Dia kena masa hari Sabtu. Jadinya dia pergi klinik panel utk dapatkan ubat sbbnya dia kena pergi outstation. Sekarang dia berada di Shanghai, China. Katanya mata dia makin menjadi dan stok ubat pun dah habis. Saya tak dpt nak bekalkan extra ubat sbb flight dia hari Ahad.

Azyana pula mula kena semalam. Punya la saya nak mengelak dia dari kena, kena jugak. Setakat ni mata dia baru nak merah dan ada tahi mata. So, rawatan awal telah diberikan. Cuma saya belum tahu sama ada sakit mata dia sama macam Azzalea atau mcm saya. Kalau kena mcm Azzalea mmg parah. Dia dahla heroin menjerit. Mau pecah cermin rumah. Semalam setakat nak titis ubat pun dah bising. Walaupun pada awalnya dia bagi kerjasama tapi bila dah saat2 nak titiskan ubat tu, mata dok katup rapt dan tangan dok letak kat mata..

Mak dgn bapak pun dah bising2 kata nak kena gak mata diorang. Jadinya saya minta doktor prescribe kan saya ubat lebih sikit. Satu botol utk sorang. Adeh…Cukupla sampai kat saya, jgn la mata Azyana jadi melarat.

Ni mana la kereta tak siap2 lagi nih. Dari jam 7.30 tadi tunggu. Jam sekarang dah pukul 9.50am…Mata dah berdenyut2 dah ni….