*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for November, 2008


Post ke 101!!!

Nov 30, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Yeay!!! Sangat tak perasan, last post semalam dah ke 100!!

Jadual hari ialah ke rumah abg ipar di Serdang, a.k.a. Papa (Azyana punya panggilan). Mak mertua saya ada di sana. Mak mertua saya a.k.a. Ma sgt rajin berjalan. Tapi Ma tak boleh tinggalkan kampung halamannya lelama. Nanti Ma rindu dgn surau, masjid dan teman2 ibadah yg lain. Sebab tu la saya selalu rasa susah hati kalau Ma nak dtg sini.

Sekali dulu masa saya mengandungkan Azyana. Saya dah berhenti kerja masa tu. Due datenya lambat la lagi, tapi saya mmg dah malas sgt nak kerja. Yela, kalu pergi kerja pun saya tak berapa produktif, jadi baik saya berenti je. Jadi Ma pun turun KL utk temankan saya. Masa tu Ma dari JB, jaga adik ipar saya yg terlebih dahulu beranak dari saya.

Mmg kesian la tgk Ma masa tu. Yela, rumah org baru nak ada anak. Apa la sgt benda yg ada. Kerja rumah pun takde. Saya mmg boleh buat lagi. Jadi kami dok melangok je la. Saya mmg takde aktiviti lain masa tu kecuali baca buku cerita. Blogging2 ni apatah lagi. Internet pun takde. Kalau ada internet masa tu, mungkin saya tak bosan sgt. heheh…

Jadi Ma isi le masa dia dgn mengaji dan mengadap kitab2 yang dia bawa. Saya pulak dok ngadap buku cerita. Ma jaga saya sampai bersalin. Tambah lagi 1 minggu sbb lepas saya bersalin, Mak out-station. So Ma tlg jaga smp Mak balik.

Okey, nak sesiap pergi Serdang. Chow chin chow…

Azyana punya cerita

Nov 30, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Alhamdulillah, sekarang Azyana dah tak perlu pakai diaper lagi. Kat taska pun tak pakai dah. Cuma pakai waktu nak poo je. Susah juga nak ajar dia biasakan gunakan tandas utk buang air besar. En Lan dah belikan toilet training tu pun dia tak mau guna. Ada satu hari, dia asyik terkentut je. Mmg dah agak, dia nak berak. Jadi saya suruh dia duduk di toilet dia. Dekat 2 minit, tak gak keluar. Jadinya, saya pakaikan diaper. Tak sampai seminit, “Ibu, kakak dah berak!” Sabau je laa…

Mengurus kewangan

Nov 30, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Education
Bagus betul tajuk post ni. Tapi saya bukan pakar kewangan yg akan memberikan tips tentang pengurusan kewangan. Saya hanya nak berkongsi apa yg saya buat dan apa yg mungkin anda buat. Kadang2 ada jg tips yg tak pakai..hehehe..terbabas jugak la…

1. Buat bajet

Ni memang penting. Baca lah mana2 buku, dgr lah dari mana2 pakar, ni le perkara pokok dlm menguruskan wang. Duit utk sewa rumah, sewa kereta, bayar bil2, duit utk mak, nursery anak2. Jgn lupa allocate sedikit utk simpanan. Tabung kita, tabung anak2 dan tabung kecemasan

2. Kad kredit

Kalu boleh, biarlah langsung takde. Tapi paling kurang pun 1. Cukupla tu kan. Saya selalu guna utk isi minyak kereta. Sbbnya saya mmg tak bawa cash yg banyak kalau pergi kerja. Jadi saya akan gunakan kad kredit utk isi minyak. Oh ye, saya dah masukkan dlm bajet utk ini, jadi tak perlu risau!!

3. Beli insurans perlindungan

Sekurang2nya kalau tak mampu utk anak2, ibubapa perlu ada ini. Sekarang dah ada macam2 tawaran perlindungan diri ni. Ada yang bayar hangus, ada yang bayar dan simpan dan juga pelaburan. Anda tinggal pilih saja. Kenapa saya masukkan ini dalam pengurusan kewangan?? Sbbnya, mmgla rasa beban nak bayar insurans ni, tapi sekiranya berlaku sesuatu kepada ibubapa (iaitu kita), sekurang2nya anak2 tidak terbeban. Dah tentu kita takde simpanan yg berjuta3 di bank utk diwariskan kpd anak2. Jadi wang pampasan ini boleh la bantu mereka utk hidup kembali di samping sokongan ahli keluarga yg lain.

4. Gunakan ATM bank anda

Sekiranya anda menggunakan kad Maybank, gunakanlah ATM Maybank sahaja. Kalau anda guna ATM bank lain anda akan dikenakan charge sebanyak RM1. (ye kan?? tapi mmgg ada charge la). Jadi jangan bazirkan wang anda walau satu sen pu. Ini bukan kedekut. Daripada anda ‘sedekah’ pada bank tu, baik bagi pada anak2 yg lebih memerlukan. Dan 1 lagi, keluarkan wang anda dalam kuantiti yg banyak. Tak silap saya, macam Maybank, anda akan dikenakan charge pada transaksi yg ke-5 yg berlaku pada bulan itu. Mmg tak banyak, rasanya 50 sen je. Tapi tetap tak patut begitu. Bila dah keluarkan banyak2 tu, pandai2 la nak simpan yee!!! hehehe

Rasanya macam kena tukar tajuk ni. TIPS JIMAT DUIT!!

5. Beli supplement

Ulasannya hampir sama saja macam point 3. Sebelum sakit2 ni kan, alangkah eloknya kita persiapkan tubuh badan kita. Disamping memohon dikurniakan kesihatan yg baik ukt kita suami isteri dan juga anak2, eloklah kita makan supplement. Yela, bila dah sakit, macam2 rawatan nak kena buat. Tanggungan jadi lebih besar. Mmg la ada insurans boleh cover kan. Tapi boleh depa ni cover hati yg sengsara?? Oleh itu persiapkanlah diri. Kita hanya berusaha tapi Allah jua yg menentukan.

6. Kurangkan guna transaksi melalui internet atau auto debit

Yup. Saya adalah pengguna aktif bagi transaksi melalui internet ni. Selepas beberapa bulan menggunakannya, saya dapati saya telah melakukan pembaziran secara ‘gembira’ apabila berurusan menggunakan transaksi ini. sbg contoh: saya bayar insurans menggunakan auto debit. Saya ada 4 akaun. Setiap satu transaksi akan ditolak RM1. Jadi, kalau dah 4 transaksi, RM4. Bayangkan setiap bulan. Bila dah 12 bulan jadinya RM48. Mmg masih nampak kecil. Sekiranya ia berterusan ke tahun2 seterusnya, tidak ke besar. Sudah, jgn bazirkan wang anda. Jadi apa tindakan saya?? Bayar gunakan kad kredit, dan lunaskan sebelum tarikhnya.. *yey!!*

Transaksi melalui internet pula, anda akan dikenakan charge sebanyak RM1 atau RM1.50, bergantung. Saya suka sgt pakai kaedah ni. Tapi bila perangai ala2 kedekut ni sampai, saya akan asingkan duit2 tu di tempat lain dulu. Dan setiap 3-6 bulan, saya akan ke bank utk simpan. Cuma kalau nak bayar bil je tak boleh nak simpan lelama. Kalau rajin, saya pergi la pejabat pos. Kalau tidak, click ajer…heheh

7. Tak payah beli air kalau tak boleh habis.

Yang ni mmg sesangat utk saya. Saya selalu bawa bekal air masak pergi kerja. Kebiasaanya akan habis. Kalau saya pergi makan kan gerai makan atau ke kafetaria hospital dgn staff lain, saya mmg tak order air. Sbb nya saya mmg dah tahu perut saya mmg full dah lepas makan. air mmg sangat susah nak masuk. Kalau makan kat kedai, saya akan order air masak saje (murah!!). En Lan akan order air lain dan saya akan tumpang sekaki kalau saya rasa nak. Saya mmg susah nak habiskan satu gelas tu, lagi lah kalau jumbo punye. Tapi lepas sejam, baru saya dapat minum berteguk2.. heheh…

8. Susu ibu

Ni pun satu lagi tips utk jimat cermat. Mmg ni satu cabaran terutamanya kepada ibu2 yg bekerja. Nak ngusung cooler bag dan pam ke tempat kerja, mmg nampak leceh. Tapi kita sebagai ibu mmg nak sgt bagi yg terbaik utk anak2. Jadi apa lagi yg lebih baik dari susu ibu itu. Alhamdulillah saya dah berjaya menyusukan Azzalea sehingga sekarang. Walaupun dah tak fully, tapi dia masih breastfeeding. Cadaran yg baru ialah menyusu dgn gigi yg dah terpacak kat gusi tuh!! Oouch..mmg sakit. Dia tau ibu dia rasa sakit. Lepas gigit boleh plak menyengih..Geramnya!!

9. Pakai lampin kain (CD)

Heheh…nimmg kes sgt nak berjimat cermat. Utk permulaan, mmg mahal sikit nak beli 1 CD tu. Tapi ada gak yg jenis murah punya. Selepas rasa2 dah cukup stok, mmg jimat. Sekarang Azzalea tak pakai dispo. Dia dah ada 10 CD. Syok betul. Tgk CD yg bermacam warna tu, pastu pakai kan anak, comelnya bontot dia!!! hahaha… Selain dari jimat, kita dapat menjaga alam sekitar kita. Ye la, bumi ini akan diwariskan kepada anak cucu kita. Kalau kita tak mulakan dari sekarang, bila lagi kan.. Tak dapat mula dgn langkah besar, mulakan lah dgn langkah yg kecil dulu seperti menggunakan lampin kain (CD) ni. Utk ibu2 yg bekerja, yg terpaksa hantar anak ke taska, jgn risau. Dapatkan maklumat yg secukupnya, Insyallah urusan akan jadi lebih mudah. Nak tanya saya pun boleh!!

Ape lagi yee?? Kalau ada tips ala2 kedekut-jimat ni, sila la bagi. Jgn segan, jgn malu. Tips yg saya beri mungkin sesuai pada saya, mungkin tidak pada anda. Ia hanyalah tips, jadi tiada paksaan.Wallahualam

Berapa haribulan??

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta