Sebelum nak cerita pasal post ni, idok ler teman sangka ader yg menunggu kemunculan Cik Gee dgn Cik Vee teman yeer..hehehe…nanti lee teman letak gambar cik2 ni..Kamera teman dah abis bateri. Dari sehari ke sehari nak gi beli, tapi idok juge teman gi beli… Tunggu yee..

Ok, berbalik pd topik rumah.. Saya mmg dok tggu sesgt le rumah saya siap. Adus… sgt tak tahan nak duduk menumpang walaupun dgn mak bapak sendiri. Banyak perkara dan sebab musababnye.

PRIVACY. Yup, anda punye satu bilik yg penuh dgn barangan anda dan anak2. Katil, almari baju anda, almari baju anak2, kotak2 yang penuh dgn baju (almari kecik, jadi gantung yg perlu sj). Dulu semasa kami duduk sendiri di Serdang, kalau saya ada mood yg tak baik, saya selalu akan cari ruang utk diri. Saya akan menyendiri utk tenangkan perasaan. Tak ada gangguan. Baik dari en suami, atau pun si anak. Jadi, kalau dah duduk bersama keluarga, di mana ruangan privacy anda?? Huh…pikir la sendiri ye..

KREATIVITI. Huhu….sesuatu yg tak dapat saya zahirkan apabila duduk dgn family ni. Yela, duk umah mak, takan nak berhias mcm rumah sendiri pulak. Minat kami tak sama. Saya suka putih, mak suka hitam. Saya suka yg ringkas, mak suka yg complicated. Jadi, camner??? mmm…tgk je la. Bilik tidur merangkap bilik main anak2, merangkap bilik TV itulah yg menjadi ruangan saya. dgn kepadatan barangan yg terdapat dlm bilik itu, tidak lee kuasa saya nak berhias bagai.

PERASAAN. Yelah, duk dgn mak bapak kena la jaga hati dan perasaan diorang. Kadang-kala anda akan rasa tersepit di antara suami dgn family. Dalam menjaga perasaan mereka, perasaan diri sendiri selalu terabai. Alih2 kita jg yang makan hati. Bagi yg duduk dgn family, mengaku je la perkara ni jg berlaku pada anda. Mmg sepatutnya dalam semua perkara anda akan pilih kata suami. Tapi dlm sesuatu keadaan en suami terpaksa mengalah dan membiarkan cik isteri memilih sendiri. Yer, kalau kita berkeras sgt, keadaan akan jadi tegang. Yang tertekan adalah di pihak isteri. Dahla dok menumpang. Gaduh pulak dgn tuan rumah. Takde tempat nak bersendiri. …Paham2 jela..

mm..apa lagi yeer alasan…Kalau kome ader lagi alasan, sila la KOMEN yer…

Oh, cepat la rumah saya siap…. Tak boleh tahan dah….huhuhu