*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for September, 2008


Rumah oh rumah…

Sep 10, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Sebelum nak cerita pasal post ni, idok ler teman sangka ader yg menunggu kemunculan Cik Gee dgn Cik Vee teman yeer..hehehe…nanti lee teman letak gambar cik2 ni..Kamera teman dah abis bateri. Dari sehari ke sehari nak gi beli, tapi idok juge teman gi beli… Tunggu yee..

Ok, berbalik pd topik rumah.. Saya mmg dok tggu sesgt le rumah saya siap. Adus… sgt tak tahan nak duduk menumpang walaupun dgn mak bapak sendiri. Banyak perkara dan sebab musababnye.

PRIVACY. Yup, anda punye satu bilik yg penuh dgn barangan anda dan anak2. Katil, almari baju anda, almari baju anak2, kotak2 yang penuh dgn baju (almari kecik, jadi gantung yg perlu sj). Dulu semasa kami duduk sendiri di Serdang, kalau saya ada mood yg tak baik, saya selalu akan cari ruang utk diri. Saya akan menyendiri utk tenangkan perasaan. Tak ada gangguan. Baik dari en suami, atau pun si anak. Jadi, kalau dah duduk bersama keluarga, di mana ruangan privacy anda?? Huh…pikir la sendiri ye..

KREATIVITI. Huhu….sesuatu yg tak dapat saya zahirkan apabila duduk dgn family ni. Yela, duk umah mak, takan nak berhias mcm rumah sendiri pulak. Minat kami tak sama. Saya suka putih, mak suka hitam. Saya suka yg ringkas, mak suka yg complicated. Jadi, camner??? mmm…tgk je la. Bilik tidur merangkap bilik main anak2, merangkap bilik TV itulah yg menjadi ruangan saya. dgn kepadatan barangan yg terdapat dlm bilik itu, tidak lee kuasa saya nak berhias bagai.

PERASAAN. Yelah, duk dgn mak bapak kena la jaga hati dan perasaan diorang. Kadang-kala anda akan rasa tersepit di antara suami dgn family. Dalam menjaga perasaan mereka, perasaan diri sendiri selalu terabai. Alih2 kita jg yang makan hati. Bagi yg duduk dgn family, mengaku je la perkara ni jg berlaku pada anda. Mmg sepatutnya dalam semua perkara anda akan pilih kata suami. Tapi dlm sesuatu keadaan en suami terpaksa mengalah dan membiarkan cik isteri memilih sendiri. Yer, kalau kita berkeras sgt, keadaan akan jadi tegang. Yang tertekan adalah di pihak isteri. Dahla dok menumpang. Gaduh pulak dgn tuan rumah. Takde tempat nak bersendiri. …Paham2 jela..

mm..apa lagi yeer alasan…Kalau kome ader lagi alasan, sila la KOMEN yer…

Oh, cepat la rumah saya siap…. Tak boleh tahan dah….huhuhu

New ‘member’ of the family!!!

Sep 6, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Me
Heheh… We got a new member in the family. Last Wednesday, we picked her at the center. We’ve been waiting her for almost 6 months.. I’ll put her picture later kay..

She done her 3 first days job very well. I’m so lucky to have her today due to the heavy traffic. If not, I’ll end sleeping to death tonight with pain at my legs..

She will not replacing Cik Gee. Cik Gee had served my family for almost 6 years. She’s now 12 years old. So I had to put her aside to rest. Cik Gee berehat la yeee..Biar la Cik Vee plak yg ambil alih…

To Cik Gee, thank you so much my dear!!

Bila otak ligat berputar…

Sep 6, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Me
Dek kesuntukan waktu dan kepenatan, blog ini akan di update bila saya punya kelapangan.. Bila tak mengadap laptop, banyak ide yg nak dicurahkan. Kadang2 tatkala memandu ke hospital, banyak perkara yg akan saya fikirkan. Jgn risau, saya memandu ke hospital mcm dah kena program… Terus je…heheh…

Pernahkah anda berfikir bahawa hidup kita ini banyak pergantungannya..Maksud saya, kita hidup saling bergantung. SIMBIOSIS. Macam lagu Ella tu. Sejak dari lahir, kita akan bergantung kpd orang lain, secara sedar atau tidak sedar. Anda sedar yg anda hidup bergantung kepada orang tua anda, kpd adik beradik anda dan juga sanak saudara. Tapi, adakah anda sedar bahawa hidup kita ini banyak bergantung kepada org lain yang berada disekeliling kita, yang tidak mempunyai kaitan atau talian dgn kita.

Dari awal kelahiran, kita berada dalam perut ibu. Bergantung harap padanya. Berharap ibu kita akan menjaga pemakanan kita, menjaga tingkah lakunya sepanjang tempoh kita menginap di dalam kantung itu. Dalam tempoh itu juga, ibu akan bergantung dgn doktor dan para jururawat yg merawatinya. Terutamanya apabila tiba saat kelahiran kita dari kamar sewaan 9 bulan itu. Tanpa tanggungjawab dan komitmen dari mereka yg dedikasi, kita mungkin tidak dapat lahir ke dunia ini.

Seterusnya, sepanjang tempoh pembesaran kita. Kita akan memerlukan ibubapa, atuk, nenek, wan, opah dan pak long, mak su dll utk menjaga kita. Dan apabila ibu kita mula bekerja, ada di antara kita yg di hantar ke nursery utk dijaga oleh pengasuh. Mereka yg sgt penyanyang ini menjaga kita seperti anak mereka sendiri (lupakan seketika sekiranya ada pengasuh yg cuba menyakiti kita!!). Kita dibelai dan ditatang, dicium dan dimanja. Dan kita pula meninggalkan mereka apabila kita mula melangkah ke tadika dan seterusnya ke sekolah.

Apabila mula menjejakkan kaki ke sekolah, ibu dan bapa akan melepaskan sedikit tanggungjawab mereka utk dikongsi bersama guru2. Guru2 akan mendidik dan mengajar kita tanpa jemu. Tanpa guru, kita mungkin tidak akan sampai ke menara gading. Bolehkah anda belajar tanpa guru?? Ilmu yg dipelajari tanpa guru selalunya ilmu yg merosakkan. Dapatkah kita hidup tanpa bergantung kepada guru2 kita?? Adakah anda berjaya dalam pelajaran semata2 atas usaha anda sahaja?? Fikir2kanlah…

Senario yg sama berlaku apabila kita menjejakkan kaki ke sekolah menengah dan ke universiti. Dan sekarang kita di alam pekerjaan. Dalam sebuah syarikat, ada hirearkinya. Dari atas hingga ke bawah. Dari Pengarah, ke Pengurus hingga ke kerani dan ofis boy. Sekira anda kini seorang Pengurus, dapatkah projek yg anda uruskan itu berjaya tanpa bantuan dari pegawai2 yg lain?? ya, anda perlukan mereka. Hidup kita memang saling memerlukan. Jadinya, jangan suka sgt nak sebut berjaya atas usaha sendiri. Jangan lupa org sekeliling yg membantu kita utk berjaya.

Oh ye, ada lagi org2 yg terlibat yg mungkin kita terlepas pandang. Pemandu bas, sekiranya kita naik bas gi sekolah, gi belajar kat universiti. Tukang sapu sampah (kalau takde mereka ni, tempat belajar, tempat kerja kita tentu tak bersih kan, nak buat kerja tentu tak senang), tukang masak, tukang kebun, pengawal keselamatan dan ramai lagi…

Moral cerita, selalulah mengucapkan terima kasih kepada mereka2 yg kadangkala kita buat2 tak pandang ni. Bukannya susah. Kalau tak nak cakap, senyum aje lah. Tak rugi ape pun. Lagipun mereka nilah yg menjadi rempah ratus dalam hidup kita. Apalah rasanya hidup ni tanpa perisa yg sebegini…Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..

Berapa haribulan??

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta