Ahad (31.08.08), Azyana ada playgroup under MHU team. Playgroup yg dikelolakan oleh Mamafiza. Walaupun ia diadakan di premis SusuIbu.com, En Lan dgn sukacitanya membawa kami sekeluarga ke sana. Sebenarnya, kami nak masukkan Azyana dlm A.L.I.M Playgroup kelolaan Ummiku Sayang, tapi modul playgroup ni dah smp modul 6. Masa A.L.I.M Playgroup memula dibuat di SI, Azyana belum pun berumur 2 tahun, jadi masa tu kena la tggu. Tapi bila dah masuk 2, modulnya dah jauh sgt. Nak masuk tgh2, tak sedap pula. Tgk la mcmana nanti. I mmg suka hantar Azyana ke program2 mcm ni, sbbnya dpt keterujaan Azyana. Dia mmg suka explore mcm2 smp tak tentu arah dibuatnya.

Kami sampai di SI pada pukul 11.30 pagi. Saya bawa anak2 masuk ke dalam dan duduk di bilik latihan yg terdapat di SI. Dalam 15 kemudian, Coachsha pun tiba dgn rombongannyua. Coachsha bawa sekali 2 org anak saudaranya. Jadi peserta hari ini ialah seramai 6 org. Belum masuk 3 org anak Mamafiza. Mamafiza tiba di SI lebih kurang pukul 12.15 ptg. Saya tak berapa perasan waktunya sbb dok berkejaran dgn Azyana. Kebetulan masa tu Kak Kamariah ada pembeli di SI, dan dia keluarkan dollnya sebesar bayi (Azyana mmg pantang nampak doll ni kalau kami berkunjung ke SI). Apalagi, bila dia tgk Kak Kamariah tak guna lagi doll tu, terus diambilnya dan dikelek ke mana saja.
Aksi Azyana sebelum aktiviti bermula.. Dia tgh paksa Azzalea utk tgk kamera sekali.. Mau tak melalak si kecik tu… Sabau je la … *-*
Aktiviti bermula pada pukul 12 tghari dan aktiviti hari ini ialah cara2 membuat volcano beserta dgn letupannya. Mamafiza yg in charge aktiviti ini sambil dibantu oleh adiknya. Bila Mamafiza masuk bawa volcano yg dah siap tu, Azyana terus je kejar volcano tu. Tak sempat2 minah kecik ni. Sebelum memulakan aktiviti, anak2 sume diberikan sebotol minuman utk menghilangkan haus dan botol itu akan digunakan di dalam aktiviti ini.
Baru perasan tarikh dgn masa tu silap…. buat tak tahu je la yeer..Azyana tgh sibuk membuat volcanonya sambil dibantu oleh adik Mamafiza
Mula2 anak ini semua sibuk meronyokkan kertas dan melilit kertas itu pada botol minuman tadi. Botol minuman itu telah ditampal di tgh2 bekas plastik yg besar. Kertas2 dililit di sekeliling botol utk membentuk gunung itu. Selesai melilit dgn kertas, gunung kertas tadi dililit pula dgn plastisin.
Anak2 ini semua sgt sibuk menyiapkan gunung masing2..
Bila dah siap gunung itu tebentuk, inilah masanya utk melihat letupannya. Masukkan pewarna merah dan oren ke dalam gunung itu, serbuk soda juga dan kemudian curahkan cuka ke dalamnya..
Gunung berapi Azyana sdg diledakkan….
Azyana tgh tengok jarinya yang berwarna merah itu…
Ni gunung Sakinah pula diledakkan…
Untuk dapatkan dengan lebih lanjut ttg bagaimana nak buat pembentukan letupan ni, boleh klik sini yee
Sesambil tgh menyiapkan post ni, aku dok tgk tv. Eh, mcm kenal van itu.. Eh, Coachsha dan suaminya di TV1 dlm rancangan My Essential Journey. Oh ye, skrg dah pukul 4.46am. Su dah tlg mak kat dapur. Tadi aku masuk dapur pun dah takde aper nak buat dah…
Selamat menyambut Ramadhan. Semoga ibadah kali ini diberkatiNya…
* Lupa nak mention Coachsha and kiddies were also joined the playgroup. She brought also her niece and nephew, Sakinah and Ahmad. They were those that make the playgroup happening and fun..TQ kids!!