*Life are more than you ever know – so many things to catch up*
Ini ialah destinasi seterusnya…
Dek keterujaan yg terlebih, saya lupa nak snap apa2 gambar di expo ni..hehehe… Itu yg pinjam gambar dari tempat lain nih..
Kami tiba seawal jam 10.15 pagi. Perjalanan dari Hotel Eastin menuju ke Midvalley melalui Kerinchi Link hanya mengambil masa kurang 15 minit. Ye, sebab takde byk kereta. Kemudian kami cari parking di Zon A. Hah, nak cari parking le yg lama sikit. Seboleh2 nya En Lan ni nak parking dekat dgn lif. Ni disebabkan mimpi ngeri semasa di One Utama (nanti saya cerita next post ok).
Pusing punya pusing, kami park di P1, A10. Ni mesti mau ingat. Memana pergi pun, saya akan jadi tukang ingat benda2 mcm ni. Kalau tak ingat alamat nanti En Lan akan membebel..heheh…
Dah masuk lif, saya dok pikir lagi. Convention hall dia kat tingkat berapa ni?? I dah lama sesangat tak gi Midvalley ni. Nasib baik lee ada mamat yg nak pergi ke situ. Jadinya bersama dia lah kami menuju ke hall itu. Agaknya dia salah seorang crew yg terlibat. Dia sempat pesan, Nanti jam 11 ada maskot jenjalan, boleh la ambil gambar!! mmm…ntah2 dia la kot yg duk dlm maskot tuh..
Round 1 :
Pusing dulu kesemua booth yg ada. Dan dari Hall A ke Hall B. Tinjau dulua aper yg ada. Kemudian baru boleh pikir apa yg nak dibeli. W/pun dah tau aper nak beli sajer nak penatkan kaki, round satu dewan tu. Kang rasa tak puas hati pulak kang. Si Azyana duduk dlm stroller, tapi Azzalea kena dukung. Selalunya saya bawa kain sling tu merata. Tapi kali ni, boleh pulak terlupa. Jadi I dukung je bb yang dah 7-8 kg beratnya nih. En Lan membontoti je saya di belakang ye. Waktu ni pengunjung expo belum le ramai lagi. mm.. tuggu sikit lagi, penuh lee.. Selesai aktiviti meronda ni, nak masuk round 2 pula. Aiyooo.. Azzalea tidur didokongan. Tah bila dia lelap tah, tak la pulak perasan. Minta Azyana turun dari stroller, tapi dia tak nak. Jadinya, En Lan pun tlg pegangkan Azzalea dan duduk di ruang rehat yang disediakan. Aku pun tolak Azyana.
Round 2 :
Aktiviti membeli-belah. Masa ni dah ramai org dah. Maskot yg mamat dlm lig tu cakap tadi pun dah keluar.. Azyana dok jerit hantu2.. Sebau je la.. Nak suruh dia bergambar dgn maskot2 tu, tak nak plak dia. Then I singgah kat booth Bebe. Beli le 2-3 pasang baju utk anak2 dara ni. Beli 2 pasang kasut utk Azyana (RM25 utk 2 pasang!!) Beli gi bayar, adala masalah sket. Tadi kata salesgirl tu, sepasang baju tu RM13. Tapi bila bayar Jadi RM 16. Aiyooo..I malas nak gegaduh. I pun jalan jee. Pi shopping kat booth lain. Then beli la 2 CD utk Azzalea kat booth passionmommy.com. Rege RM69, beli RM100 ke atas dpt satu wipes. So, I beli 2 CD. Sempat gak singgah di booth fabuluosmom.com dan berkenalan dgn ownernya iaitu Vivian. Hajat hati mmg nak bergambar dgn dia, tapi tak jumpa kamera. Diaper beg bebudak n penuh pulak dan ada seorg untie (mgkn dia crew booth tu) dok pepandang kita dok korek beg. Agaknya dia ingat saya nak cilok barang booth tu… Idok lee.
Kat booth ni ada promo buy 1 free 1, tapi saya tak bawa cash. Nak guna kad debit, kena pulak berjalan ke booth khas. mm tak kose la.. Nanti ku beli secara online je dgn Vivian. Lagipun, scr keseluruhan expo ini lebih sesuai kpd para ibubapa yg sedang menatikan kelahiran anak. Sbb banyak sgt barangan yg saya tak perlu nak bazir duit utk beli. So tgk aje la bebarang tu.
Habis pusingan ke2 ni. Kami pun balik. mmm… En Lan dah pusing kepala. Dia mmg alah sikit dgn tempat yg ramai org ni. Saya pun sama gak, tapi kalau dah mmg niat nak berjalan, saya redah jugak. Lagipun niat awal tadi mmg nak ke expo ni. Bila dah selesai, dah takde arah tujuan, balik rumah le jawapannya.
So, sampai rumah, kemas barang, tidur jap…..
4 Responses for "4th Parenthood Expo 2008 @ Midvalley Convention Centre"
heavennye leh tdo lepas jalan2.. hee
seronoknya…
zu, ape yg seronok..penat oo jenjalan…
[...] dalam sling, jadi tak le terasa sgt. (Maaf, Azzalea tak duduk dlm sling sbb lupa nak bawak..boleh baca post ni!) Rasanya tahun ni, saya tak akan dapat ke sana. Kalau nak ke sana, mau kena suruh En Lan bawa [...]
Leave a reply