Aktiviti hari Ahad (17.08.08) adalah ke Hari SusuIbu.com. Sejak tahu Kak Kamariah (gambar dia ada tapi 180 degrees laa) nak buat event ni, awal2 lagi aku dah masukkan kalendar. By hook or by crook, I must be there!! hehe…
Dgn gigihnya aku kejut dua beradik tu utk mandi dan bersiap2 ke majlis ni. Sesambil tu dok pk lagi nak bawa dua beradik ni ke or nak bawa sorang je. heheh… Macam biasa si Su la yg jadi mangsa. Bila dah bawa Su, boleh la aku pi dgn dua beradik ni. Pukul 9.oo pagi baru kami sampai di BBB. Sebelum tu sempat gak singgah isi minyak dulu. Majlis sebenarnya bermula jam 8.30 pagi. Takpe yg penting aku dpt dtg utk memeriahkan majlis…
Kedai SusuIbu.com

Pn Rita Rahayu Omar sdg memberikan ceramah yang bertajuk “Susu ibu bertoksik,benarkah??” Actually aku dgr on and off. Sekejap duduk bawah khemah ni, sekejap masuk kedai makan. Kami anak beranak belum sarapan lagi. So sambil tggu pesanan siap, aku dgr le ceramah Pn Rita ni.

Anda kenal siapa itu?? Itu lah mamafiza. Akhirnya tercapai la impian aku nak jumpa nak-beranak ni.Orangnye genit tapi hatinya cukup kental dan bertenaga. Aku sesgt la admired dgn mamafiza ni. Si Azyana tu dok sibuk nak pinjam crayon anak2 mamafiza. Aiyook, bikin malu saje. salah aku leer tak nak bawa Azyana punya alatan. mmm..lenkali pasni kena bawa beg dia merata. Tak reti dok diam pempuan ni. Terima kasih ye mamafiza, sbb sudi suruh Along pinjamkan crayon dia!!


Azyana dah asyik mewarna. Tah ape2 yg diwarnanye…


Hirua-chan bersama adiknya sdg membuat demonstrasi pembentukan gunung berapi. Nampak tak cik adik yg tgh ternganga mulut tu?? Dah la enter-frame…Mmg dia tgh amazed dgn demo tuh.. Alahai sian anak ibu.. Ibu jer yg tak rajin nak buat tu..

*aiyok..baru perasan tersilap nama Along. Nama dia Kiruami-chan. Tah mana dtg la Hirua tuh. Gambate ne Mamafiza-san!!*

Yup..posing time!! Aku bergambar kenang-kenangan bersama mamafiza dan coachsha..tah bile lagi aku boleh bersua muka dgn mereka. Ada lagi sorang ahli forum iaitu Kak Fauziah a.k.a. bibimie. Lum sempat aku nak borak panjang, dia dah balik. Takpe, Insyallah di event akan dtg dapat le berjumpa dgn ahli forum dari SusuIbu.com dan MHU yg lain…