*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for July, 2008


Bengkel oh bengkel

Jul 6, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Alkisah Blog

Sepatutnya aku ada bengkel hari ni. Tajuk bengkel kali ni ialah WORKSHOP ON ORTHOKERATHOLOGY. Dah nama pun bengkel, so kali ini pembelajaran lebih kepada hands-on. Tapi kalau mengikut aturcara program, lebih banyak kepada slaid. Hhuhuhu…aku yakin, sebelah petang mesti aku dah mengantuk. Dari masa belajar dulu pun aku mmg suka tidur dalam kelas.

 

Hahahah… Teringat masa dalam tingkatan 5. Masa tu aku lah Sleeping Beauty. Seawal jam 9 pagi, aku dah menguap-nguap dalam kelas. Teruk betul kan??!! Paling teruk kalau pagi-pagi tu kelas Bahasa Malaysia… Minta maaf ye cikgu!!! Cikgu aku belum masuk lagi, aku dah siap gosok2 mata dah. Teman semeja aku merangkap teman baik aku (Puan Nur Ain bt Zakaria, dulu cik la yee..) dah masak sangat dengan perkara ni. Tak tau lah kenapa masa tingkatan 5 tu tabiat tidur dalam kelas tu semakin menjadi-jadi. Sebenarnya, tabiat ni dari tingkatan 1 lagi. Dan ia semakin teruk hingga ke tingkatan 5.

 

Tapi waktu tidur yang paling aku suka ialah semasa kelas matematik. Hehehe…Cikgu tak pernah kacau aku kalau aku tidur. Dia terus je mengajar. Walaupun aku duduk belakang, cikgu masih boleh nampak dari depan. Pelajar dalam kelas aku sikit je, 24 orang. Nisbah lelaki kepada perempuan, 1:2. Anda akan lebih nampak lantai dari pelajar bila masuk kelas aku.. hehehe…Oh ye, kenapa cikgu aku tak akan kejut aku tidur??!! SEBAB aku selalu dapat markah penuh dlm periksa utk kertas Matematik.. heheh..sebab tu la dia tak kejut. Nanti banyak sgt soalan yg aku tanya…

 

Cukupla pasal tidur. Berbalik pada bengkel yg aku patut hadir hari ni dan semalam. Semalam aku tak dapat pergi sbb takde org nak jaga budak2 kat umah. Mak bawa Ayin dgn su pi Melaka. Last minute baru cakap kat aku.. Memula mak cakap kalau su tak pergi, dia nak bawa Azyana. Tapi En Lan tak mahu anak nya pergi. Aku pula dah cakap jgn bawa kat mak, dia nak bawa gak. Last2 terpaksa la aku tak pergi. Hari ni, sebab semalam dah tak pergi jadinya hari ni pun malas lah. Hehhe… Nasib baik gak tak pergi, Azyana demam panas pula. Mmg la kat rumahhari ni ada ramai org. Bapak ada, Ayin ada, Su ada. Tapi bila dah anak2 tak sihat, aku lagi sanggup tunggu kat rumah. Kalau aku pi pun bengkel tu, mesti kepala aku dok merewang je. Nak harap En Lan…mmmmm…. tak per la. Dia bukan tak boleh jaga. Aku je yang tak percaya dia boleh jaga ke tak.

 

Aku pun selalu EL kalau anak2 tak sihat. Bos dah siap2 soubd dalam meeting. Katanya lepas ni kalau ada sesapa yg EL lagi, tulis surat tunjuk sbb. Nasib ko mmg baik sbb ko bos. Kalau tak mau je aku maki ke sumpah seranah ke. Yela, org takde anak mana nak tahu camane jaga budak, mana dia nak tahu apa masalah bila nak layan hal anak2. Cakap senangla.. Nak je aku bg test kat dia. Nak suh dia jaga budak seminggu. Hehehe..Confirm datang klinik dgn garisan bawah mata…kahkahkah…

 

So, plan hari ni..tunggu itu bos celik mata.Then pergi tgk wan dia kat umah Cik (kat Klang sana)…

I’m sooo pist off…

Jul 5, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Me
Apa yang anda akan lakukan apabila salah seorang dari ahli keluarga anda sendiri menikam anda dari belakang?? Apa yang patut anda rasa?? Marah?? Benci?? Rasa nak nangis?? Semuanya bercampu baur bukan.. Itu yg saya rasa apabila perkara nih berlaku… Lebih menyakitkan apabila kita duduk sebumbung, dan kita tak boleh lari untuk tidak bertembung di antara satu dgn yg lain…tidak dapat nak melarikan diri supaya tidak bertemu muka…

Rasa macam nak kemas2..dan angkut barang keluar dari rumah sekarang juga.. Saya ni jenis kalau dah terlalu marah na tak dapat lepaskan perasaan marah tu…selalunya saya akan nangis jee…or kdg2 terlepasa kat org lain..n yg selalu jadi mangsa ialah Kakak (sorry Kakak, Ibu tak sengaja!!!)

Kita keluar rumah dgn perasaan yg senang hati dgn harapan org itu setuju dgn apa yg kita nak dah sepakat.. tapi rupa2nya… dia buat keputusan sendiri.. Mesti anda sekalian tertanya-tanya apa benda yg saya nak marahkan sangat ni kan…Tah la.. saya tak nak cerita sgt secara details.. Nanti anda akan tahu saya marahkan siapa…

Perkara pokoknya ialah, itu anak saya, saya yg berhak tentukan apa yg saya nak buat terhadap anak saya, anda dialu2 kan untuk membantu tetapi TOLONG…jangan campur tangan… Ada beza ye antara membantu dgn campur tangan…Sila rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke3.

*oh…sebab tu laa saya nak sangat keluar dari rumah nih….Cepat la rumah ku siap…*

MC

Jul 2, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Me
Hari ni aku cuti sakit.. After 2days mengharungi kesejukan kat klinik dgn hidung yg tersumbat, akhirnya aku terasa nak duduk kat rumah jer.. Dah la Adik pun tak sihat. Malam tadi dok meragam..Jadi nye pepagi subuh tadi, kepala aku jadi ngengong-ngengong…Aku cakap kat En Lan, “hari ni Ibu tak mau gi keje, Ayah gi dgn mak yer”
Aku bangun mandi n solat, then dok tgk Su nak tidokan Adik.. Tapi bukannye si kecik tu nak tido..Mata dia bulat gete….Sian la si Su mendukung nyee..Petang ni pun meragam lagi..
Adik, Adik, kenapa dik??
Oh ye…gambar2 masa kenduri Kaluq dah upload sikit fat FP dia (takkan dia nak upload sume plak kan…)So, boleh ler klik kat sini

Berapa haribulan??

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta