Selepas pengumuman kerajaan mengenai kenaikan harga minyak, semua stesen minyak di seluruh negara dipenuhi oleh segenap rakyat untuk memenuhkan tangki kenderaan masing2 dgn minyak pada kadar harga lama. Even sebelum diumumkan lagi, stesen2 minyak dah penuh sesak. Kuala Lumpur shj, trafiknya tidak bergerak disebabkan fenomena ini.

Bapak aku pun turut serta menyertai mereka yg berbaris di stesen minyak. Aku?? heheh.. buka riak atau sombong atau ape2 yg sama dgn nya.. Aku cuma mmg bukan jenis nak berebut..mmg bukan sifat aku. Aku redha dan pasrah. Harga minyak tetap akan naik. Itu adalah perkara yg mmg berlaku dan akan terus berlaku. Bukan shj di negara kita, bahkan di seluruh dunia. Biarlah kerajaan dan para pemimpin yg telah kita undi di Kabinet sana menguruskan hal ini. Kita harus pikir positif. Sekarang aku hanya menumpukan pada diri dan keluarga.

Apa yg boleh kita lakukan utk mengatasinya??? mmm… Kalau nak suruh aku pi kerja tanpa menggunakan kenderaan sendiri mgkn sedikit payah. Tah pukul berapa nak kena keluar dari rumah & tah pukul berapa la agaknya aku sampai. Walaupun jarak hanya 30km, dgn kenderaan sendiri, aku perlu keluar dari rumah pda pukul 7 pagi utk smp sebelum pukul 8 pagi di hospital. Aku tak suka smp cukup2 masa. FYI, rumah aku terletak di kawasan Cheras, berdekatan Bulatan Kg. Pandan. So, semua jalan di rumah aku tuh sesak ler bila waktu pagi nak masuk kerja tuh.

Tapi mgkn aku akan cuba naik pengangkutan awam. Itupun kalau En Lan setuju..heheh… Dia sayang sgt dgn bini dia nih, maunye la dia nak kasi aku naik bas. Tgk la macamana nanti. Perjalanan aku ke tempat kerja selama 2 hari selepas pengumuman baru tu, sangat lancar. Agaknya semua pengguna kenderaan menaiki perkhidmatan awam ke tempat kerja. Pada pendapat aku, kerajaan juga perlu memikirkan cara yang lebih baik untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam supaya lebih efisien.

Masalah di negara kita ni kan, bila harga minyak naik, harga pun akan turut naik. Kalau lah harga minyak je yg naik, mgkn kita tak terasa sgt. Skrg semua bajet yg aku buat dah berubah. Tapi pd saat ni, aku belum ubah pun lagi..Masih dlm keadaan utk bertenang; tenang kan hati dan fikiran ttg kenikan harga minyak dan brg…huhu…