*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Archive for April, 2008


Blackout!!

Apr 7, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Breastfeeding

Cuaca di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, semakin tidak menentu. Seantero telah tahu bhw skrg musim hujan. Tetapi hujan yg turun, yg melanda Kuala Lumpur, bkn calang2 hebatnya. Lebat teramat sgt dan guruh gempita yg sgt dahsyat. Menakutkan!!

Semalam, aku menikmati pagi Ahad yg indah. Mcm biasa, setiap hari aku akan menghirup udara segar dan aman di kala pagi terlebih dahulu. Riadah pagi yg dapat mengurangkan rasa sengal2 pada bdn. Aktiviti hari Ahad ni seperti hari2 Ahad yg lain. Tiada yg istimewa. Cuma kami pergi melawat rakan hubby yg baru sj menimang cahayamata yg kedua, juga puteri. Cahayamata mereka yg pertama adalah puteri. Pulang dari berziarah, kami hanya duduk di rumah, menonton TV dan melayan anak2.

Petang, langit telah bertukar rupa. Dari sang putih yg riang berseri ke sang hitam yg menakutkan. Hujan turun mencurah-curah. Aku dah semakin risau. Apakah akan berlaku sekali lagi? Bagaimana aku nak hadapinya?? Apabila hujan tiba, perkara yg paling aku risau ialah stok EBM dlm freezer tu. Walaupun tidak penuh satu freezer tu tapi pd aku ia tetap byk. Sebanyak kasih sayang yg turun mengalir bersama ke dalam susu itu. Kerana gabungan susu dan kasih sayang itu akan mengalir masuk ke dalam perut puteri ku dan akan menjadi darah dagingnya dan membantu puteriku membina kekuatan pertahanan dalaman badannya.

Setiap kali guruh berdentum, aku akan memeriksa bekalan elektrik. Adakah peti ais itu masih berfungsi? Adakah stok aku masih selamat? Setakat ini, Alhamdulillah. Kali terakhir aku memeriksanya adalah pada pukul 4.30 ptg. Ketika itu hujan telah turun mencurah2 disertai dgn kilat sabung menyabung. Aku mengambil keputusan utk melelapkan mata utk seketika. Tidur pada waktu ni mmg seronok. Sejuk!!

Kakak!!“…Aku terdengar Ayeen menjerit. Keluar je dari bilik, alamak!! Dapur rumah telah digenangi air. Hanya tinggal beberapa cm saja lagi utk mencecah lantai bilik. Tinggi lantai dapur dan lantai bilik lebih kurang seinci dari buku lali. Pada waktu itu jam telah menunjukkan hampir 6 ptg. Ku periksa bekalan elektrik rumah. Tiada, bekalan dah terputus. Entah bila agaknya. Lantas aku teringat stok di freezer. Ya Allah, sempatkah bekalan elektrik ada semula sebelum susu2 itu mencair.

Panik jg dibuatnya. Sudahla ini pengalaman pertama aku menyusu, pengalaman pertama dgn EBM, keadaan ini pula yg berlaku.. Dugaan betul. Dengan dapur yg banjir, dgn bekalan letrik yg tiada. Kalut & panik…Mak dgn bapak tak balik lagi dari menziarah saudara yg meninggal.

Aku, Ayeen dan Hubby sedaya upaya membersihkan dapur. Terkejar-kejar dibuatnya kerana kami cuba utk membersihkannya sebelum malam menjelma dan hari bertambah gelap. Alhamdulillah, mak pulang. Sekurang-kurangnya bertambah tenaga kerja. Hari semakin lama semakin gelap. Lilin pula dah habis. Bapak keluar sebentar utk membeli lilin. Macamana pula nak bersihkan rumah dalam keadaan gelap.

Tatkala sibuk membersihkan rumah, perut pula semakinn lapar. Terus aku buat panggilan ke servis penghantaran piza. Instant meals. Takde siapa yg larat utk memasak, lebih2 lagi dgn keadaan dapur yg kotor, basah dan lintang-pukang tu. Kurang dari 30 minit, aku dpt panggilan telefon dari penghantar piza yg ingin bertanyakan kedudukan rumah. Katanya dia ada berdekatan rumah, tapi tidak berjumpa dgn jalan ke rumahku.

Ah…dah nak sampai pesanan. Aku pun menanti di luar…Tunggu punya tunggu tak sampai2.. Aik, ke mana pula budak ni pergi. Tadi masa dia telefon, katanya ada berdekatan sahaja. Tatkala leka menunggu, bekalan eletrik pun kembali pulih. Alhamdulillah, syukur stok aku masih selamat..

Bila pesanan sudah tiba, hati pun senang utk menikmati makanan. Kami sekeluarga makan bersama sambil menonton TV.. Pengalaman hari itu ada hikmahnya.. Aku kn la siapkan bekas penyejuk sbg langkah alternatif utk menyimpan stok2 sekiranya bekalan eletrik terputus lagi. Tak dapat simpan semua, separuh pun jadi lah…

ALAHAI ADIK AKU!!

Apr 4, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Me

Ni adik kesayangan aku, Ahmad Asyraf a.k.a Acap
Kami 3 beradik. Yang bongsu perempuan. Dua-dua pun aku sayang. Nak jadi cerita, hari ni Acap pergi interview utk jawatan Penolong Penguatkuasa di Putrajaya. So mlm td kami dok siapkan folder dia. Kalau nak tahu, umur dia dah 23 tahun. Kengkawan dia ramai yang dah kawin n beranak pinak. Tapi adik aku yg sorang ni, keje tetap pun blum dapat lagi. Takpe la Cap, belum rezki kau lagi..Sabar la ye dik.
Setelah semua yg diperlukan utk temuduga tu disiapkan, mak pun bersuara,
Sok mak nak ikut la. Takut adik kau tak jumpa tempatnya.
Aiks, mak nak teman Acap. Bukan budak kecik tuh, dah besar panjang. Tapi kenyataan nye, kdg2 Acap masih suka bergantung dgn mak or aku. Kdg2 dok pk mana silapnya. Rasanya aku la yg silap. Aku mmg suka manja kan dia dari kecil. Kerja rumah dia, selalunya aku yg buat. Sbb aku yg ter-over rajin. Kerja aku dah siap, tapi tangan gatal lagi nak menulis..hehe…Agaknya sbb tu la dia terbawa2 perangainya tu smp ke besar. Mak pun mmg manjakan dia. Yela, anak laki sorang, kena apit dgn perempuan.
Berbalik pada temuduga tadi. Mula2 calon2 perlu buat ujian fizikal. Actually aku dah tau adik aku ni tak lepas. Dah tercatat dlm surat panggilan tu, kelayakan minima yg diperlukan pada setiap calon utk melepasi ujian2 yg dijalankan. Ada satu bahagian tu, Ujian penglihatan : 6/9 tanpa cermin mata atau kanta sentuh. SAH!! Mmg Acap tak layak dah. Tapi sbb nak bg dia pengalaman rasa pergi temuduga, mak biarkan aje.
Bila smp di tempat temuduga, pegawai yg berkenaan dah bgtau, sesiapa yg pakai cermin mata atau kanta sentuh tak perlu tggu. Tapi ms ni Acap dgn mak tak smp lagi. Masa Acap mendaftar, pegawai di meja pendaftaran tu pula macam tak smp hati nak suruh Acap balik. So, adik aku ni pun tggu la dgn setianya…
Smp la giliran dia..Dia pun masuk. Tapi tak lama. Agaknya adala dlm 10-15 minit, dia dah keluar.
Mak : Cepatnya. Dah selesai ke?
Acap : Dah la. Tak lepas ujian penglihatan..
Mak : Takpe la. Tggu panggilan lain pula
Mak cakap, Acap nampak kecewa. Tapi at least ada pengajaran utk dia. Apa pengajarannya, dia sorang je la tg tahu….Sian adik aku yg sorang ni. Semoga masih ada peluang utk kau dik!!
~nak nangis plak rasanyeee~

Aku ke ni??

Apr 4, 2008 Author: Cik Yut | Filed under: Me
You Are An ISFJ
The Nurturer

You have a strong need to belong, and you very loyal.
A good listener, you excel at helping others in practical ways.
In your spare time, you enjoy engaging your senses through art, cooking, and music.
You find it easy to be devoted to one person, who you do special things for.

In love, you express your emotions through actions.
Taking care of someone is how you love them. And you do it well!

At work, you do well in a structured environment. You complete tasks well and on time.
You would make a good interior designer, chef, or child psychologist.

How you see yourself: Competent, dependable, and detail oriented

When other people don’t get you, they see you as: Boring, dominant, and stuck in a rut

Berapa haribulan??

April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta