Cuaca di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur, semakin tidak menentu. Seantero telah tahu bhw skrg musim hujan. Tetapi hujan yg turun, yg melanda Kuala Lumpur, bkn calang2 hebatnya. Lebat teramat sgt dan guruh gempita yg sgt dahsyat. Menakutkan!!

Semalam, aku menikmati pagi Ahad yg indah. Mcm biasa, setiap hari aku akan menghirup udara segar dan aman di kala pagi terlebih dahulu. Riadah pagi yg dapat mengurangkan rasa sengal2 pada bdn. Aktiviti hari Ahad ni seperti hari2 Ahad yg lain. Tiada yg istimewa. Cuma kami pergi melawat rakan hubby yg baru sj menimang cahayamata yg kedua, juga puteri. Cahayamata mereka yg pertama adalah puteri. Pulang dari berziarah, kami hanya duduk di rumah, menonton TV dan melayan anak2.

Petang, langit telah bertukar rupa. Dari sang putih yg riang berseri ke sang hitam yg menakutkan. Hujan turun mencurah-curah. Aku dah semakin risau. Apakah akan berlaku sekali lagi? Bagaimana aku nak hadapinya?? Apabila hujan tiba, perkara yg paling aku risau ialah stok EBM dlm freezer tu. Walaupun tidak penuh satu freezer tu tapi pd aku ia tetap byk. Sebanyak kasih sayang yg turun mengalir bersama ke dalam susu itu. Kerana gabungan susu dan kasih sayang itu akan mengalir masuk ke dalam perut puteri ku dan akan menjadi darah dagingnya dan membantu puteriku membina kekuatan pertahanan dalaman badannya.

Setiap kali guruh berdentum, aku akan memeriksa bekalan elektrik. Adakah peti ais itu masih berfungsi? Adakah stok aku masih selamat? Setakat ini, Alhamdulillah. Kali terakhir aku memeriksanya adalah pada pukul 4.30 ptg. Ketika itu hujan telah turun mencurah2 disertai dgn kilat sabung menyabung. Aku mengambil keputusan utk melelapkan mata utk seketika. Tidur pada waktu ni mmg seronok. Sejuk!!

Kakak!!“…Aku terdengar Ayeen menjerit. Keluar je dari bilik, alamak!! Dapur rumah telah digenangi air. Hanya tinggal beberapa cm saja lagi utk mencecah lantai bilik. Tinggi lantai dapur dan lantai bilik lebih kurang seinci dari buku lali. Pada waktu itu jam telah menunjukkan hampir 6 ptg. Ku periksa bekalan elektrik rumah. Tiada, bekalan dah terputus. Entah bila agaknya. Lantas aku teringat stok di freezer. Ya Allah, sempatkah bekalan elektrik ada semula sebelum susu2 itu mencair.

Panik jg dibuatnya. Sudahla ini pengalaman pertama aku menyusu, pengalaman pertama dgn EBM, keadaan ini pula yg berlaku.. Dugaan betul. Dengan dapur yg banjir, dgn bekalan letrik yg tiada. Kalut & panik…Mak dgn bapak tak balik lagi dari menziarah saudara yg meninggal.

Aku, Ayeen dan Hubby sedaya upaya membersihkan dapur. Terkejar-kejar dibuatnya kerana kami cuba utk membersihkannya sebelum malam menjelma dan hari bertambah gelap. Alhamdulillah, mak pulang. Sekurang-kurangnya bertambah tenaga kerja. Hari semakin lama semakin gelap. Lilin pula dah habis. Bapak keluar sebentar utk membeli lilin. Macamana pula nak bersihkan rumah dalam keadaan gelap.

Tatkala sibuk membersihkan rumah, perut pula semakinn lapar. Terus aku buat panggilan ke servis penghantaran piza. Instant meals. Takde siapa yg larat utk memasak, lebih2 lagi dgn keadaan dapur yg kotor, basah dan lintang-pukang tu. Kurang dari 30 minit, aku dpt panggilan telefon dari penghantar piza yg ingin bertanyakan kedudukan rumah. Katanya dia ada berdekatan rumah, tapi tidak berjumpa dgn jalan ke rumahku.

Ah…dah nak sampai pesanan. Aku pun menanti di luar…Tunggu punya tunggu tak sampai2.. Aik, ke mana pula budak ni pergi. Tadi masa dia telefon, katanya ada berdekatan sahaja. Tatkala leka menunggu, bekalan eletrik pun kembali pulih. Alhamdulillah, syukur stok aku masih selamat..

Bila pesanan sudah tiba, hati pun senang utk menikmati makanan. Kami sekeluarga makan bersama sambil menonton TV.. Pengalaman hari itu ada hikmahnya.. Aku kn la siapkan bekas penyejuk sbg langkah alternatif utk menyimpan stok2 sekiranya bekalan eletrik terputus lagi. Tak dapat simpan semua, separuh pun jadi lah…