*Life are more than you ever know – so many things to catch up*

Tepung Magik bin Ajaib?

Jan 17, 2012 Author: Cik Yut | Filed under: What's Hot

Tepung Magik | Tepung Goreng Cendawan

Ops… nama itu bukan saya yang beri ya. Itu tokei barang yang bubuh… hohoho… Bukan juga. Nama sebenar produk ini Tepung Goreng Cendawan. Tapi disebabkan kerangupan cendawan goreng tu, jadi para penjual tukar namanya ke Tepung Magik. Alahai, ada yang ingat ia tepung untuk tukar barang ala-ala David Copperfirld pulak… Statement tak boleh blah langsung ni!

Informasi Produk

Tepung Goreng cendawan ini mendapat gelaran tepung magik sebab kerangupannya kekal berjam-jam lamanya.  Tidak seperti tepung biasa yang berada di pasaran, ianya akan cepat lemau setelah digoreng.

Kelebihannya ;

  • Cepat & Mudah disediakan
  • Cendawan Goreng
  • Tidak Berminyak
  • Cendawan Tidak Melekat
  • Tanpa Telur
  • Tepung tidak digunakan dengan Banyak
  • Tidak menggunakan minyak yang banyak
  • Cendawan Goreng tidak cepat lembik (soggy)
  • Rasa macam kulit ayam KFC (ini customer yang cakap)

1 unit beratnya: 475 gram

Tepung Magik | Tepung Goreng Cendawan

Kelas berenang pertama!

Jan 14, 2012 Author: Cik Yut | Filed under: Education

Assalamualaikum wbt…

Ketika ini sedang bersendirian. En Lan dan Azrie di padang, sibuk untuk persiapan sukaneka di taman esok. Azyana dan Azzalea di rumah Papanya. Saya sedang sibuk mengupload gambar tepung di FB, mengupdate blog dan macam-macam. Perlu cepat. Nanti Azrie balik, dia nak berkepit aje.

14hb Januari yang lalu, Azyana dan Azzalea menghadiri kelas renang mereka yang pertama. Sudah lama mahu hantar mereka ke kelas. Alhamdulillah, melalui Tadika Ubudiyah (Cerdik Takwa) mereka dapat menghadirinya. Walaupun Azzalea tidak ke tadika lagi, tapi dia diajak ke sana juga.

Comel-comel anak-anak ni…

Latihan dalam kolam

Seronoknya! Next time ibu nak ikut diorang p kelaslah! hahahha… Kemudian, ibu pun masuk kolam juga.

Ketabahan nadi kekuatan

Jan 10, 2012 Author: Cik Yut | Filed under: Motivational

Assalamualaikum wbt..

Tatkala saya menaip ini, jam menunjukkan 3.13am. Adakah saya masih belum tidur? Tidak. Saya sudah tidur dari jam 9pm dan bangkit pada jam 2am tadi. Sekarang saya sedang melayan TV sambil ditemani En Suami. Dia yang belum melabuhkan matanya lagi. Tiada apa yang menarik untuk dikongsi hari ini. Saya hanya ingin bercerita sesuatu.

Saya mempunyai seorang teman. Saya memang sudah mengenali beliau sejak dari dulu, tapi hanya mengenali namanya. Kami berkenalan dari satu laman web yang terkenal. Beliau menjadi pembeli cloth diaper yang saya jual ketika itu. Kemudian kami bersama dalam satu kumpulan yang membantu memperkasakan ibu-ibu dalam penyusuan. Ya, kami punya passion yang sama iaitu membantu lebih ramai ibu berjaya menyusukan bayi mereka.

Tidak lama kemudian, saya mendapat tahu beliau telah keluar dari kumpulan itu kerana mahu menumpukan lebih perhatian di dalam bidang perniagaan di mana saya juga menyertainya. Pada ketika itu, saya marah dan kesal atas tindakan yang beliau ambil. Kenapa tidak meneruskan perjuangan dan pada masa yang sama melakukan perniagaan? Atas disebabkan itu saya menulis mengenai ini. Namun, begitu, kuasa Allah jua. Setiap apa yang berlaku itu mempunyai penyebabnya.

Apabila saya tidak mengenali seseorang, kebiasaannya saya akan cuba untuk mengenalinya. Semakin lama, saya sudah mengenali beliau. dan memahami dirinya. Oh rupanya ada sesuatu di dalam dirinya yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. Beliau mempunyai situasi dan tekanan yang kadangkala tidak memungkinkan beliau untuk berada di posisi yang saya berada sekarang. Saya semakin tertarik untuk mendekatinya. Beliau sangat tabah. Mungkin pada orang lain situasi yang beliau alami itu nampak mudah. Tetapi hanya dirinya yang dapat merasakan tekanan itu. Namun beliau jarang menunjukkan bahawa beliau ingin mengalah. Setiap hari, tenaganya akan bertambah dan bertambah.

Sebarang situasi beliau akan cuba hadapinya walaupun ia mampu untuk membuatkan beliau hilang kewarasan. Demi anak-anak, beliau harungi jua. Saya belajar untuk tabah menghadapi sebarang situasi dari beliau. Sekiranya saya mempunyai situasi, saya akan terus teringat bahawa apa yang saya hadapi ini tidaklah sehebat mana yang teman saya ni sedang hadapi.

Ya, belajar melalui pengalam orang lain turut membantu dalam kehidupan kita. Jangan terlalu sombong untuk mengambil tahu situasi orang lain. Jangan terlalu asyik memikirkan keadaan diri sendiri sahaja. Belajarlah untuk membuka hati dan mata untuk melihat sekeliling dari pandangan yang berbeza dari pandangan kita.

Berapa haribulan??

January 2012
M T W T F S S
« Dec    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

More great products!

En Lan & Cik Yut

Daisypath Anniversary tickers

Azyana

Lilypie Kids Birthday tickers

Azzalea

Lilypie Fourth Birthday tickers

Allahyarham Azmeer

Lilypie Angel and Memorial tickers <

Azrie

Lilypie Second Birthday tickers
'

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

Diari Masakan Masakan Malaysia Homeschool Community Unite Homeschool Biz Niaga Where Supermoms Unite
Where Malaysian Moms Unite


yusrinahata.com

shaklee logo



Categories


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!


Blog Stat


Meta